PKP: Yayasan Sime Darby, Tesco Malaysia Dan Universiti Putra Malaysia Memberi Sumbangan Keperluan Harian Dan Barangan Asas | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » PKP: Yayasan Sime Darby, Tesco Malaysia dan Universiti Putra Malaysia Memberi Sumbangan Keperluan Harian Dan Barangan Asas

PKP: Yayasan Sime Darby, Tesco Malaysia dan Universiti Putra Malaysia Memberi Sumbangan Keperluan Harian Dan Barangan Asas

Oleh: Ayna Farhana Mohamad Sari

 

Kebajikan Pelajar Kolej Dua Belas - Sumbangan daripada Yayasan Sime Darby (Klik di gambar bagi video penuh)

 

SERDANG, 19 April - Yang terbaik untuk kita, tidak semestinya terbaik untuk penerima, itu antara nasihat yang perlu difikirkan mereka yang ingin memberikan sebarang bentuk sumbangan kepada mana-mana pihak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Sumbangan daripada pelbagai pihak dapat membantu memastikan bekalan makanan pelajar mencukupi sepanjang PKP dilaksanakan. Bantuan makanan kering seperti roti, biskut, air mineral dan minuman 3 in 1 ini diagihkan kepada pelajar dalam kampus.


Kolej Dua Belas ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Yayasan Sime Darby, Tesco Malaysia dan Universiti Putra Malaysia di atas sumbangan keperluan harian dan barangan asas kepada para pelajar yang berada di kampus UPM sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Sumbangan daripada Yayasan Sime Darby (Klik di gambar bagi video penuh)


Pelbagai pihak yang memberi sumbangan keperluan harian dan barangan asas, menyediakan makanan yang berkhasiat, sokongan emosi, bantuan perubatan, dan sebagainya kepada semua pelaja-pelajar di Kolej kediaman Universiti Putra Malaysia.


Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas ingin mengucapkan tahniah di atas kerjasama yang baik dari semua pelajar yang masih setia tinggal di kolej serta mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilanjutkan sehingga 28 April 2020. Pihak pengurusan menasihati mereka bersabar dan tenang semasa PKP dilaksanakan serta bersama-sama memberikan sokongan emosi antara kawan-kawan. Oleh itu, pelajar dimohon sentiasa memaklumkan keberadaan masing-masing kepada pihak universiti bagi memudahkan proses bantuan disalurkan.

Date of Input: 26/04/2020 | Updated: 26/04/2020 | aynafarhana

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEaIAe~