EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.
Universiti Putra Malaysia (UPM) komited mengamalkan budaya organisasi berprestasi tinggi melalui penyediaan persekitaran kerja kondusif serta budaya kerja berinovatif dan kreatif dengan penerapan amalan hijau menerusi pembudayaan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), berteraskan moto “Persekitaran Kondusif Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti”.