WASTE MANAGEMENT WORKSHOP K12 | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » WASTE MANAGEMENT WORKSHOP K12

WASTE MANAGEMENT WORKSHOP K12

WASTE MANAGEMENT WORKSHOP K12

KOLEJ DUA BELAS SESI 2023/2024

SERDANG, 23 DISEMBER – Program Waste Management Workshop K12 merupakan program anjuran Sekretariat Kelestarian Hijau dan Kesukarelawanan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2023/2024 dengan Kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas dan BHEP, UPM. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan pengasingan sisa yang efisien dan amalan kitar semula yang betul. Melalui program ini, pelajar juga dapat menambah ilmu pengetahuan yang penting dalam pengurusan bahan buangan. Selain itu, melalui program ini pelajar diajar untuk menjadi seorang insan yang lebih berdisiplin dalam menguruskan bahan buangan serta melahirkan rasa cinta akan kebersihan alam sekitar. Hal ini secara tidak langsung akan membuka mata masyarakat mahupun mahasiswa tentang cara - cara untuk melakukan waste management dengan betul dan cekap.

 

Program ini bermula pada 23 Disember 2023 pada jam 8:00 malam sehingga 10:30 malam. Program Waste Management Workshop K12 ini mempunyai dua fasa. Untuk fasa pertama, pada pukul 8:00 malam adalah penyertaan peserta ke dalam Google Meet disambung oleh sesi ceramah daripada Prof. Dr Latifah Abd Manaf. Selepas itu, fasa kedua bermula pada jam 10:00 malam iaitu sesi Quizizz yang telah disertai oleh seramai 144 orang mahasiswa UPM dan tiga pemenang telah dipilih selepas selesai sesi tersebut. Akhir sekali, hadiah telah disampaikan oleh pengarah program kepada para pemenang.

 

Gambaran 1 menunjukkan pengakhiran sesi ceramah oleh Prof. Dr Latifah Abd Manaf.

 

Gambaran 2 menunjukkan pengakhiran sesi Quizizz.

 

Gambaran 3 menunjukkan pengarah menyampaikan hadiah kepada johan Quizizz.

 

Gambaran 4 menunjukkan pengarah menyampaikan hadiah kepada naib johan Quizizz.

 

Gambaran 5 menunjukkan pengarah menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat ketiga Quizizz.

Date of Input: 20/03/2024 | Updated: 20/03/2024 | m.ahir

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEbVAC~