POSTER COMPETITION - LOVE NATURE | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » POSTER COMPETITION - LOVE NATURE

POSTER COMPETITION - LOVE NATURE

SERDANG, 13 NOVEMBER hingga 11 DISEMBER – Program Pertandingan Poster – Love Nature merupakan program anjuran Sekretariat Kelestarian Hijau dan Kesukarelawanan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2023/2024 dengan Kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, UPM. Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan minat mahasiswa Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang fotografi dan pengahsilan poster yang bertemakan alam semula jadi. Program ini mampu menjadi platform yang sesuai untuk mahasiswa Kolej Dua Belas menonjolkan bakat terpendam dalam bidang fotografi yang berunsurkan alam semula jadi yang terdapat di sekitar UPM dan mengasah kreativiti menterjemahkan gambar yang diambil ke dalam penghasilan poster mereka. Inisiatif program ini dilaksanakan adalah untuk mengasah Kemahiran penggunaan teknologi mahasiswa seperti penggunaan kamera dan lawan sesawang Canva untuk menghasilkan poster. Bukan itu sahaja, program ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada masyarakat tempat-tempat menarik yang terdapat di UPM kerana para peserta dituntut untuk mengambil gambar alam semula jadi yang terdapat di sini dan menyatakan tempat tersebut di dalam poster mereka. Hal ini secara tidak langsung akan membuka mata masyarakat mahupun mahasiswa tentang tempat menarik yang belum didatangi sebelum ini yang terdapat di UPM.

 

Program ini bermula pada 13 November 2023 dan berakhir pada 11 Disember 2023. Program Pertandingan Poster – Love Nature ini mempunyai tiga fasa. Untuk fasa pertama, pada 13 hingga 18 November 2023, merupakan minggu di mana pendaftaran untuk menyertai pertandingan ini dibuka kepada semua kolegiat Kolej Dua Belas. Pada 19 November 2023, telah diadakan sesi penerangan syarat-syarat pertandingan kepada semua peserta yang telah mendaftar. Seterusnya, iaitu fasa kedua pada 20 November 2023 hingga 9 Disember 2023 merupakan fasa di mana semua peserta telah memulakan proses penghasilan poster. Para peserta telah diberikan masa selama 3 minggu untuk menghasilkan poster dan memuat naik poster tersebut di akaun Instagram masing-masing. Akhir sekali, fasa ketiga iaitu fasa juri telah memulakan sesi penilaian poster-poster yang telah dimuat naik di Instagram dengan tanda #PPLN23. Program Pertandingan Poster – Love Nature telah disertai oleh seramai 38 orang mahasiswa Kolej Dua Belas dan tiga pemenang telah dipilih oleh juri. Akhir sekali, hadiah telah disampaikan oleh pengarah program kepada para pemenang.

 

Gambaran 1 menunjukkan sesi penerangan syarat-syarat Pertandingan Poster – Love Nature oleh Muhammad Fizry Shah kepada para peserta.

 

 

Gambaran 2 menunjukkan poster-poster para peserta yang telah siap dan telah dimuat naik di akaun Instagram masing-masing.

 

Gambaran 3 menunjukkan pengarah menyampaikan hadiah kepada johan Pertandingan Poster – Love Nature.

 

Gambaran 4 menunjukkan pengarah menyampaikan hadiah kepada naib johan Pertandingan Poster – Love Nature.

 

Gambaran 5 menunjukkan pengarah menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat ketiga Pertandingan Poster – Love Nature.

Date of Input: 06/03/2024 | Updated: 06/03/2024 | m.ahir

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEbUAU~