Pertandingan Pertanian Bandaran | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Pertandingan Pertanian Bandaran

Pertandingan Pertanian Bandaran


Serdang, 20 Oktober 2016.  Pertandingan Pertanian Bandaran :

Kolej 12 telah mendapat Naib Johan dan membawa pulang hadiah sebanyak RM2,000.00.  Hadiah di sampaikan kepada pemenang oleh Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakar, Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Pentas Angsana, Taman Pertanian Universiti.


Untuk pengetahuan semua, Universiti Putra Malaysia (UPM) terkenal dalam penyelidikan terutamanya dalam bidang pertanian. Baru-baru ini, UPM telah melaksanakan program Pertandingan Pertanian Bandaran Kolej Kediaman yang dijayakan oleh semua kolej-kolej kediaman UPM termasuk Kolej Dua Belas.

Program ini bertujuan untuk menjadi contoh dan rujukan dalam pertanian bandaran peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Program ini adalah kerjasama antara  Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm) dan Pusat Transformasi (UCTC).

Untuk mengenali projek Pertanian Bandaran Kolej 12 dengan lebih lanjut, anda boleh melayari :urbanagrik12upm.blogspot.com

Ayuh terus cemerlang bersama Kolej 12





Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXDcXAr~