Persiapan Kolej Dua Belas Menjelang Sambutan Hari Kemerdekaan | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Persiapan Kolej Dua Belas Menjelang Sambutan Hari Kemerdekaan

Persiapan Kolej Dua Belas Menjelang Sambutan Hari Kemerdekaan

Oleh: Ayna Farhana Mohamad Sari

 

SERDANG, 8 Ogos  – Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini pastinya melakar sejarah baharu kepada rakyat Malaysia apabila buat julung kalinya, acara perbarisan dan perarakan mengikut norma baharu akan disiarkan melalui saluran televisyen.

Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Mohammad Diah Wahari berkata acara itu akan dirakam lebih awal secara berasingan bagi setiap kontinjen yang dikenal pasti bertujuan mengurangkan perhimpunan ramai selain memastikan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan pandemik COVID-19 dipatuhi.

Acara sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini diadakan secara sederhana berikutan pandemik COVID-19 menyaksikan tiada acara perbarisan dilakukan seperti kelaziman.

Katanya, setakat ini, kerajaan tidak membenarkan sebarang perbarisan diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan yang jatuh pada hari terakhir Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), 31 Ogos nanti.

Beliau berkata, ia berikutan sukar untuk mengawal penjarakan sosial bukan saja dalam kalangan peserta perarakan malah antara pengunjung.

Sambutan kali ini menyaksikan logo berbentuk hati menjadi pilihan selepas kali terakhir ia digunakan pada 2016 dengan warna bendera Jalur Gemilang menjadi latarnya, yang melambangkan keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Date of Input: 28/08/2020 | Updated: 28/08/2020 | aynafarhana

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEaNAd~