PERSADA BUDAYA SERANTAU 2025 | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » PERSADA BUDAYA SERANTAU 2025

PERSADA BUDAYA SERANTAU 2025

PERSADA BUDAYA SERANTAU 2025

KOLEJ DUA BELAS SESI 2024/2025

 

SERDANG, 28 OGOS 2025 – Program Persada Budaya Serantau 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 28 Ogos 2025. Program ini merupakan anjuran Sekretariat Kesukarelawanan dan Pengantarabangsaan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia serta institusi pendidikan dari Indonesia, Filipina dan Vietnam.

            Program ini diwujudkan bagi memberi ruang kepada mahasiswa untuk menghayati dan mempelajari budaya negara-negara ASEAN secara lebih dekat, sekali gus memperkukuh hubungan serantau dalam kalangan mahasiswa. Persada Budaya Serantau 2025 turut menjadi medium interaksi dan apresiasi terhadap kepelbagaian warisan budaya serumpun yang menjadi identiti unik rantau ini. Sepanjang program, pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan, antaranya persembahan tarian tradisional dan muzik etnik serta pameran seni dan kraftangan. Setiap aktiviti telah mewakili keunikan budaya dari negara masing-masing yang menjadi medan pembelajaran rentas budaya serta ruang kolaborasi antara mahasiswa antarabangsa dan tempatan.

            Secara keseluruhan, program ini menghimpunkan seramai 28 peserta antarabangsa bersama 30 mahasiswa tempatan. Interaksi yang terjalin melalui aktiviti berkumpulan telah memperkukuh nilai toleransi, persefahaman serta semangat kebersamaan dalam kalangan peserta. Peserta antarabangsa turut menyatakan rasa kagum terhadap penerimaan dan keterbukaan mahasiswa tempatan dalam meraikan kepelbagaian budaya. Persada Budaya Serantau 2025 telah disempurnakan oleh Pengetua Kolej Dua Belas, Prof. Madya Siti Suriawati Isa. Dalam ucapan beliau, program ini diangkat sebagai platform penting dalam usaha menjadikan Universiti Putra Malaysia sebagai universiti bertaraf global yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga unggul dalam aspek budaya dan jaringan antarabangsa.

            Maklum balas yang diterima daripada peserta dan penonton sangat positif. Ramai yang menyatakan rasa puas hati terhadap kelancaran program, kepelbagaian aktiviti serta nilai pembelajaran yang diperoleh. Tidak dinafikan, penganjuran ini berjaya mewujudkan suasana penuh harmoni yang mencerminkan semangat ASEAN sebagai satu komuniti serantau. Sehubungan itu, pihak penganjur berharap agar program Persada Budaya Serantau diteruskan sebagai acara tahunan yang mampu memperkukuh peranan Kolej Dua Belas sebagai pemangkin jaringan antarabangsa serta menjadikan mahasiswa Universiti Putra Malaysia lebih holistik, berdaya saing dan berbudaya tinggi.

 

Gambaran 1 menunjukkan perasmian program Persada Budaya Serantau 2025 oleh Pengetua Kolej Dua Belas, Prof. Madya Siti Suriawati Isa.

 
 
Gambaran 2 menunjukkan persembahan kebudayaan daripada delegasi Filipina.
 

Gambaran 3 menunjukkan persembahan kebudayaan daripada delegasi Vietnam.

 

 

Gambaran 4 menunjukkan persembahan kebudayaan daripada delegasi Indonesia.

 
 

Gambaran 5 menunjukkan aktiviti interaktif berkumpulan menggunakan permainan tradisional.

 

 

Gambaran 6 menunjukkan sesi bergambar bersama para peserta dan pihak penganjur.

 

Date of Input: 10/09/2025 | Updated: 10/09/2025 | m.ahir

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
S, (03:06:48pm-03:11:48pm, 17 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]