NO FRY, OIL & BOIL COOKING CHALLENGE
KOLEJ DUA BELAS SESI 2024/2025
SERDANG, 22 DISEMBER – Program No Fry, Oil and Boil Cooking Challenge merupakan inisiatif anjuran Sekretariat Kelestarian Hijau dan Keterjaminan Makanan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM. Program ini bertujuan mencungkil kreativiti terpendam mahasiswa Universiti Putra Malaysia dalam bidang masakan sihat dan inovatif. Melalui program ini, mahasiswa dapat menonjolkan keberanian dan kemahiran memasak mereka di platform digital untuk tatapan khalayak ramai. Bukan itu sahaja, program ini juga memberi peluang kepada para mahasiswa yang mempunyai minat dan bakat besar dalam bidang kulinari untuk membina hala tuju dalam usaha mengetengahkan idea dan kreativiti masakan mereka. Penglibatan yang aktif ini secara tidak langsung memberi mereka gambaran dan pengalaman sebenar perjalanan seorang chef inovatif di samping menerapkan kemahiran insaniah dalam diri untuk menjadi mahasiswa yang holistik dan berketerampilan.
Program ini menarik penyertaan peserta yang diberi kebebasan menggunakan inovasi dan kreativiti untuk mencipta resipi baharu yang sihat, enak, dan menarik. Peserta boleh bertanding secara individu, duo, atau berkumpulan, dengan syarat menggunakan kaedah masakan sihat seperti tanpa minyak, menggoreng, atau merebus, mencabar kreativiti mereka sepenuhnya. Video masakan peserta dinilai oleh panel juri profesional, iaitu Professor Dr. Shahrim Abd Karim dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM, dan Chef Ananthan Solraja, Pengasas The Desi Chef. Penilaian meliputi kandungan nutrisi, teknik persembahan (plating), dan kreativiti resipi. Program ini bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat tetapi juga mencungkil bakat kulinari mahasiswa.
Program ini bermula pada 7 Disember 2024 di mana peserta boleh menghantar video masakan bermula pukul 9 pagi di Google Drive yang diberikan kepada para peserta. Peserta diberikan masa sehingga 11 Disember 2024, 11 malam. Proses penilaian bermula 12 Disember 2024 dimana kedua-dua juri membuat penilaian atas talian dan menanda kertas pemarkahan. Seterusnya, pada 13 Disember 2024, Majlis Penutupan Program No Fry, Oil & Boil Cooking Challenge telah berlangsung pada 8 malam. Aturcara diteruskan dengan tayangan video montaj peserta dan para pemenang diumumkan dengan memaparkan gambar masakan yang dihasilkan. Sebelum majlis penutup berakhir, juri-juri memberi sedikit ucapan dan kata-kata semangat kepada peserta yang menyertai program ini dan mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan menjadi juri dalam program ini. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama barisan juri dan peserta. Pada jam 11:00 malam, para penonton mengimbas kod QR bagi pengisian merit sebelum majlis bersurai.
|
|
|
Gambaran 1 menunjukkan ucapan alu-aluan pengacara majlis sewaktu permulaan Majlis Penutup No Fry, Oil & Boil Cooking Challenge di siaran langsung Twelve Tv !.
|
|
|
|
Gambaran 2 menunjukkan pengarah Program No Fry, Oil & Boil Cooking Challenge sedang memberikan ucapan.
|
|
|
|
Gambaran 3 menunjukkan presiden kolej 12 sedang memberi ucapan dan merasmikan Majlis PenutupProgram No Fry, Oil & Boil Cooking Challenge.
|
|
|
|
Gambaran 4 menunjukkan sesi perkongsian oleh salah seorang Juri, Chef Ananthan mengenai komitmen para peserta.
|
|
|
|
Gambaran 5 menunjukkan sesi pengumuman para pemenang di Majlis Penutup No Fry, Oil & Boil Cooking Challenge. |
Date of Input: 14/03/2025 | Updated: 14/03/2025 | m.ahir

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR