Kehadiran Semula Pelajar Bagi Penginapan Di Kolej Kediaman Kepada 5 Kategori Pelajar | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Kehadiran Semula Pelajar bagi Penginapan di Kolej Kediaman Kepada 5 Kategori Pelajar

Kehadiran Semula Pelajar bagi Penginapan di Kolej Kediaman Kepada 5 Kategori Pelajar

Oleh: Ayna Farhana Mohamad Sari

SERDANG, 17 Februari – Universiti Putra Malaysia akan menerima kehadiran semula pelajar bagi penginapan di kolej kediaman pada 28 Jun 2020 hingga 1 Julai 2020. Mejuruk kepada kenyataan Media Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertarikh 27 Mei 2020 mengenai pengendalian aktiviti akademik di kampus institusi pengajian tinggi semasa dan pasca perintah kawalan pergerakan hasil Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKB) yang memberi pengecualian kepada lima (5) kategori pelajar berkeperluan untuk pulang ke kampus secara berperingkat, maka Pengurusan Universiti Putra Malaysia telah membuat keputusan berikut bagi membolehkan pelajar dibantu bagi penginapan di kolej kediaman UPM.

Pelaksanaan kehadiran semula bagi penginapan di kolej kediaman kepada 5 kategori iaitu pelajar yang akan menjalani latihan industri (LI) di fakulti UPM, pelajar yang akan menjalani latihan industri (LI) di syarikat/ agensi/ institusi luar berhampiran UPM, pelajar tahun akhir bagi pengajaran dan pembelajaran bersekemuka, pelajar tahun akhir atau pelajar golongan B40 yang memerlukan bantuan bagi pengajaran dan pembelajaran secara maya dan pelajar siswazah mod penyelidikan dengan kadar segera.

Date of Input: 28/08/2020 | Updated: 28/08/2020 | aynafarhana

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEaWAq~