Gotong Royong Staf Di Kolej Dua Belas | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Gotong Royong Staf di Kolej Dua Belas

Gotong Royong Staf di Kolej Dua Belas

 

SERDANG, 6 Oktober - “Berat sama dipikul ringan sama dijinjing”, demikian peribahasa sesuai bagi menggambarkan perpaduan erat yang dipamerkan di antara staf Kolej Dua Belas menerusi program gotong rotong tersebut.

Program yang disertai pelbagai lapisan staf itu bertujuan mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan ceria selain menjadi medan dalam memperkukuhkan lagi hubungan sesama staf.

 

 

Usaha sebegini diharap dapat diteruskan dari semasa ke semasa kerana ia banyak memberi kebaikan kepada semua. Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf.

Gotong-royong ini juga dapat menanamkan semangat toleransi dan pemuafakatan yang menjadi nilai kemanusiaan sejagat sekaligus melahirkan rasa cinta terhadap kebersihan dan nilai kerjasama berpasukan.

 

Date of Input: 17/10/2021 | Updated: 11/10/2022 | aynafarhana

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEYXAG~