Aktiviti Hiking (Mendaki) Bukan Hanya Untuk Kesihatan | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Aktiviti Hiking (Mendaki) Bukan Hanya Untuk Kesihatan

Aktiviti Hiking (Mendaki) Bukan Hanya Untuk Kesihatan

Oleh: Ayna Farhana Mohamad Sari

 

 

SERDANG, 5 Mac -  Sekalipun mendaki adalah senaman terbaik, namun ia tidak bermakna anda memanjat bukit atau gunung sebenar. Memilih kawasan tinggi dengan ketinggian 10 meter dan puncak rata sudah memadai. Berjalan perlahan, mendaki dengan cara berlari dan menuruni bukit membuatkan jantung bekerja dengan lebih kuat untuk menyalurkan darah seluruh ke badan.

Baru-baru ini, Kelab Mendaki Kolej Dua Belas dibawah Sekretariat Rekreasi Kolej Dua Belas telah mengadakan aktiviti Let's Hiking Bukit Batu Putih pada pada 23 Februari 2020. Bukit Batu Putih terletak di dalam Hutan Rekreasi, Tanjung Tuan yang berdekatan dengan Port Dickson.

Aktiviti ini telah disertai 41 orang pelajar termasuk seorang felo pemantau yang turut sama mendaki sehingga ke puncak Bukit Batu Putih. Aktiviti pendakian bermula pada pukul 8 pagi sehingga pukul 1.30 petang. Aktiviti mendaki bukit mampu mencabar stamina seseorang. Ia dapat membakar kalori dengan banyak kerana membabitkan latihan kardio.

Mendaki sehingga ke puncak Bukit Batu Putih bukan sahaja mencabar fizikal, tetapi juga minda. Keinginan mendaki sampai puncak mencabar minda pelajar biarpun fizikal mereka sudah keletihan. Apatah lagi jika aktiviti itu dilakukan secara berkumpulan. Ia memberi semangat kepada individu yang kurang kekuatan fizikal untuk terus mencuba dengan galakan dan dorongan rakan-rakan lain. Walaupun melalui pelbagai laluan yang mencabar, namun pelajar tetap bersemangat sehingga tamat pendakian tersebut.

Sampai di puncak, tidak kira berapa ketinggiannya, ia adalah satu kejayaan dalam misi mendaki ke puncak Bukit Batu Putih. Kepadapelajar yang selama ini berasa diri tidak berupaya mendaki setinggi itu, mereka akan berasa satu kepuasan amat sangat. Bagi yang lain, tambah pula mempunyai fizikal besar, melangkah perlahan-lahan dan terpaksa berehat menarik nafas panjang-panjang mungkin terpaksa dilakukan. Bagaimana cara pun dan berapa masa diambil, apa yang penting mereka sampai di puncak dan lakukan yang terbaik untuk diri mereka.

Date of Input: 22/03/2020 | Updated: 31/03/2020 | aynafarhana

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEaTAc~