AKSARA ATMA
KOLEJ DUA BELAS SESI 2024/2025
SERDANG, 30 OKTOBER – Program Aksara Atma merupakan program anjuran Sekretariat Akademik dan Pembangunan Intelektual, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, UPM. Program ini diadakan bertujuan untuk melahirkan mahasiswa Kolej Dua Belas yang kreatif dalam bidang penulisan serta mengasah bakat mereka untuk lebih yakin melibatkan diri dalam bidang penulisan ini. Melalui program ini, mahasiswa dapat mengasah bakat mereka dalam bidang penulisan kreatif melalui penulisan cerpen dan penciptaan sajak yang telah ditetapkan temanya iaitu pertanian dan perpaduan. Melalui program ini juga, mahasiswa akan lebih terdedah kepada isu semasa yang berlaku di dalam mahupun di luar negara kerana penghasilan karya-karya ini haruslah bersesuaian mengikut tema yang memerlukan mereka untuk melakukan pembacaan sebagai rujukan bagi mendapat gambaran tentang isu semasa yang sedang atau telah berlaku.
Program ini terdiri daripada pertandingan penulisan kreatif yang melibatkan dua kategori iaitu kategori penulisan cerpen yang dikhususkan kepada tema pertanian dan juga pertandingan penulisan sajak yang dikhususkan kepada tema perpaduan. Kesemua karya-karya peserta telah dinilai oleh seorang juri iaitu Prof. Madya. Dr. Roslina Abu Bakar, seorang pensyarah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM serta barisan Sekretariat Akademik dan Pembangunan Intelektual.
Majlis penutup program ini bermula pada jam 8:10 malam dengan ketibaan felo dan para penonton di Youtube Live TwelveTv!. Program dibuka dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan daripada pengarah program. Program kemudian diteruskan lagi dengan ucapan perasmian majlis penutup oleh Cik Nur Adila Rosidi, Ketua Felo Kolej Dua Belas. Selesai ucapan perasmian daripada Ketua Felo Kolej Dua Belas, majlis diteruskan dengan agenda utama iaitu pengumuman pemenang bagi kedua-dua kategori yang dipertandingkan, iaitu kategori penulisan cerpen dan kategori penulisan sajak. Program Aksara Atma telah menerima 65 penyertaan iaitu 20 orang bagi kategori penulisan cerpen dan 45 orang bagi kategori penulisan sajak yang terdiri daripada kolegiat Kolej Dua Belas, UPM. Seramai 137 orang penonton telah hadir pada malam itu melalui aplikasi Youtube di saluran Youtube TwelveTv!. Pada jam 8:40 malam, para penonton mengimbas kod QR bagi pengisian merit sebelum majlis bersurai.
|
|
|
Gambaran 1 menunjukkan bacaan doa oleh Saudara Adam Hariz. |
|
|
|
Gambaran 2 menunjukkan pengarah program Aksara Atma memberi ucapan kata-kata aluan dan penghargaan. |
|
|
|
Gambaran 3 menunjukkan Cik Nur Adila Rosidi, Ketua Felo Kolej Dua Belas memberi ucapan serta merasmikan majlis penutup bagi program Aksara Atma. |
|
|
|
Gambaran 4 menunjukkan sesi pengumuman pemenang bagi kategori penulisan cerpen. |
|
|
|
Gambaran 5 menunjukkan sesi pengumuman pemenang bagi kategori penulisan sajak. |
Date of Input: 16/12/2024 | Updated: 16/12/2024 | m.ahir

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR