Read Corner | TWELFTH COLLEGE
» READ@UNI MUTIARA DUA BELAS » Introduction » Read Corner

Read Corner

RAK BUKU

Mempunyai lima (5) kotak untuk menempatkan buku-buku. Tapak bagi rak buku tersebut dihasilkan daripada pallet kayu bersaiz besar dan diubah untuk dijadikan sebagai pelantar bagi menyokong kotak-kotak tersebut.

 

 

LANTAI DAN DINDING

Pemasangan karpet dengan menggunakan karpet yang dibuka dari pejabat. Karpet tersebut memberikan kesan yang begitu ketara bagi membezakan sudut bacaan dengan ruang kaunter pelajar di hadapan pejabat. Bagi menambahkan lagi 'mood' untuk membaca, dinding yang kosong sebelumnya telah dihiasi dengan 'wallpaper' berwarna putih dan dinding rumput tiruan berwarna hijau telah menjadi pilihan warga staf Kolej 12.

Berdasarkan Psikologi Kaunseling, Kementerian Kesihatan Malaysia, berkaitan dengan Warna Dan Psikologi di mana warna putih memberi kesan kebebasan dan keterbukaan. Warna hijau membawa maksud warna identi alam. Ia melambangkan kesegaran, kedamaian dan relaksasi mahupun santai. Mengikut pandangan psikologi warna hijau sangat membantu seseorang yang berada dalam situasi tertekan menyeimbangkan emosi dan memudahkan keterbukaan dalam berkomunikasi. Ini kerana warna hijau mempunyai efek rileksasi dan menenangkan.

 

PINJAMAN BUKU MELALUI QR CODE

Dengan melaksanakan imbasan kepada QR Code yang disediakan di sudut bacaan, pengunjung boleh juga mengetahui senarai nama buku yang ada.

 

 

RUANG SUDUT BACAAN ASAL

 

RUANG SUDUT BACAAN BAHARU



Updated:: 21/09/2022 [aynafarhana]

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFGAA7~