Pihak pengurusan Kolej Dua Belas telah memberikan komitmen yang tinggi dan proaktif sepanjang tempoh pelaksanaan program. Mesyuarat penyelarasan telah diadakan secara berkala bagi membincangkan konsep, perancangan dan strategi pembangunan sudut bacaan. Beberapa cadangan aktiviti dan program turut disuarakan bagi memanfaatkan Sudut Bacaan Read@Uni Kolej Dua Belas.
Antara bentuk penglibatan yang dilaksanakan adalah:
Kerjasama daripada pihak pengurusan Kolej Dua Belas membuktikan semangat kerja berpasukan yang tinggi serta komitmen terhadap pembangunan budaya dan perkongsian ilmu di kolej. Aktiviti dan program yang diadakan juga bersesuaian dengan semua golongan sama ada staf mahupun pelajar Kolej Dua Belas. Pihak pengurusan kolej juga sentiasa menghadirkan diri di dalam semua aktiviti dan program yang diadakan di ruang tersebut bersama warga Kolej Dua Belas.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Updated:: 31/07/2026 [aynafarhana]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR