WINTER SOLSTICE KELAB GENERASI 12 | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » WINTER SOLSTICE KELAB GENERASI 12

WINTER SOLSTICE KELAB GENERASI 12

WINTER SOLSTICE KELAB GENERASI 12

KOLEJ DUA BELAS SESI 2024/2025

SERDANG, 21 DISEMBER – Program Winter Solstice Kelab Generasi 12 merupakan program anjuran Kelab Generasi 12, Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pelajar Kolej Dua Belas dan pelajar Kolej Empat Belas di samping meraikan perayaan tradisional yang disambut oleh kaum Cina dan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Selain itu, program ini bertujuan untuk mewujudkan semangat perpaduan dan kerja berpasukan dalam kalangan ahli Kelab Generasi 12 untuk menjayakan program Winter Solstice. Melalui program ini juga dapat melahirkan mahasiswa yang bertanggungjawab dan bersedia dalam menyumbangkan idea dan tenaga terhadap Kolej Dua Belas, UPM.

 

Program ini bermula pada pukul 11.00 pagi diiringi oleh Saudara Theang Kah Chun yang memperkenalkan hari perayaan Winter Solstice kapada Ahli Jawatankuasa Kelab Generasi 12. Program ini diteruskan lagi dengan sesi penyediaan kuih Tangyuan oleh Ahli Jawatankuasa Kelab Generasi 12 di Wakaf 12, Kolej Dua Belas, UPM. Seterusnya, sesi pemberian kuih Tangyuan kepada pelajar Kolej Dua Belas dan Kolej Empat Belas telah diadakan di Umai Cafe, Kolej Serumpun supaya pelajar dapat menikmati kuih Tangyuan yang telah disediakan. Pelajar kemudian telah mengimbas kod QR untuk pengisian komen dan memuat naik gambar sebagai tanda menyertai program ini.

 

Program Winter Solstice Kelab Generasi 12 telah dihadiri seramai 100 orang mahasiswa Kolej Dua Belas dan Kolej Empat Belas di Wakaf 12, Kolej Dua Belas, dan Umai Cafe, Kolej Serumpun, Universiti Putra Malaysia. Terdapat banyak maklum balas dan komen positif diberikan oleh para peserta yang berpuas hati dengan kelancaran perjalanan program. Akhir sekali, program berakhir dengan kata-kata penghargaan oleh pengerusi Kelab Generasi 12 kepada Ahli Jawatankuasa Kelab Generasi 12 dan pelajar yang menyertai program ini sebelum program bersurai.

 

 

 

Gambaran 1 menunjukkan sesi penyediaan kuih Tangyuan.

 

 

Gambaran 2 menunjukkan sesi penyediaan kuih Tangyuan.

 

 

Gambaran 3 menunjukkan kuih Tangyuan yang telah siap. 

 

 

Gambaran 4 menunjukkan sesi agihan kuih Tangyuan.

 

Gambaran 5 menunjukkan sesi agihan kuih Tangyuan.

Date of Input: 23/01/2025 | Updated: 23/01/2025 | m.ahir

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
F, (03:06:45pm-03:11:45pm, 17 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]