WELLNESSREVOLUTION: YOURHEALTH, YOURPOWER | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » WELLNESSREVOLUTION: YOURHEALTH, YOURPOWER

WELLNESSREVOLUTION: YOURHEALTH, YOURPOWER

WELLNESS REVOLUTION: YOUR HEALTH, YOUR POWER

 

 KOLEJ DUA BELAS SESI 2025/2026

 

SERDANG, 20 DISEMBER – Program Wellness Revolution: Your Health, Your Power merupakan program anjuran Sekretariat Kesukarelawanan dan Pengantarabangsaan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2025/2026 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas dan Kuala Lumpur AIDS Support Services (KLASS). Program pemeriksaan kesihatan percuma ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan diri melalui pengesanan awal terhadap masalah kesihatan. Aktiviti ini melibatkan pemeriksaan HIV dan sesi perkongsian ilmu tentang penularan penyakit berjangkit HIV. Pendekatan ini memberi peluang kepada para peserta untuk mengetahui tahap kesihatan diri mereka secara menyeluruh dan mengambil tindakan awal bagi mencegah penyakit kronik. Selain pemeriksaan kesihatan, program ini turut menekankan aspek pendidikan kesihatan melalui sesi perkongsian ilmu penyakit berjangkit oleh pakar atau pegawai kesihatan. Sesi ini bertujuan memberi pengetahuan tentang gaya hidup sihat yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui perkongsian ini, peserta dapat memahami hubungan antara penyakit berjangkit yang boleh menular di kalangan remaja, dan tahap kesihatan keseluruhan.

 

Program ini dimulakan dengan sesi perkongsian mengenai penyakit HIV yang disampaikan oleh dua penceramah. Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan sesi pemeriksaan HIV secara percuma kepada mahasiswa yang hadir. Program ini bermula pada pukul 11.00 pagi dengan dengan ketibaan tetamu jemputan dan felo diiringi oleh pengarah program. Program dibuka dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan daripada pengarah program. Program kemudian diteruskan dengan ceramah pertama oleh Doktor Lalitha Malar Maniam, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Ketua Sektor HIV, STI & Hep C daripada Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dengan tajuknya “What is HIV?”.

 

Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan ceramah kedua yang disampaikan oleh Encik Andrew Tan Tze Tho yang merupakan Presiden bagi Kuala Lumpur AIDS Support Services Society (KLASS) dengan tajuk perkongsiannya “Pengalaman Menjadi Penghidap Penyakit HIV”. Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan sesi pemberian cenderamata kepada kedua

 

penceramah yang telah disampaikan oleh Cik Suzziyana Hosni, Ketua Felo Kolej Dua Belas dan sesi bergambar. Acara diteruskan dengan perarakan keluar tetamu jemputan. Kemudian, pemeriksaan HIV secara percuma kepada para mahasiswa dilakukan sehingga pukul 2.30 petang dan bersurai. Majlis ini telah dihadiri oleh 110 orang mahasiswa dari pelbagai kolej sekitar Universiti Putra Malaysia.

 

 

Gambar 1: Ketibaan para tetamu jemputan dan felo diiringi pengarah program masuk ke dalam dewan.

 

Gambar 2: Sesi perkongsian daripada penceramah jemputan.

 

Gambar 3: Sesi perkongsian daripada penceramah jemputan.

 

Gambar 4: Sesi pemeriksaan HIV dan Sifilis.

 

 

Gambar 5: Sesi bergambar bersama tetamu jemputan, pihak sukarelawan dan para peserta.

Date of Input: 19/01/2026 | Updated: 19/01/2026 | m.ahir

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
W, (11:11:20pm-11:16:20pm, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]