UPM Perbaiki Kedudukan Dalam QS World University Rankings 2021 | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » UPM Perbaiki Kedudukan Dalam QS World University Rankings 2021

UPM Perbaiki Kedudukan Dalam QS World University Rankings 2021

Top 132 universities in the world in the QS World University Rankings 2021

 

Serdang, 10 Jun - Kedudukan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam QS World University Rankings 2021, melonjak ke tangga 132 universiti terbaik di dunia berbanding tangga 159 tahun lalu.

Menurut Naib Canselor UPM, Datuk Dr Aini Ideris, ia merupakan peningkatan secara berterusan selama tujuh tahun berturut-turut, sekali gus membolehkan UPM mengekalkan kedudukan sebagai universiti kedua terbaik di Malaysia.

"Kejayaan ini turut menyaksikan prestasi UPM naik dalam hampir semua indikator yang dinilai, dengan indikator pelajar antarabangsa meraih markah tertinggi, selari dengan usaha UPM dalam memperkukuhkan kerjasama antarabangsa

melalui pelbagai program pengantarabangsaan," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Katanya, kejayaan yang cukup memberangsangkan ini adalah hasil kerjasama dan komitmen seluruh warga UPM, yang beriltizam untuk meletakkan UPM pada kedudukan yang terbaik di dunia.

Ini juga katanya, selari dengan visi UPM iaitu, menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa yang membantu melonjakkan lagi tahap kecemerlangan UPM, malah turut memberi sumbangan bermakna kepada kesejahteraan masyarakat dan kemajuan negara.

"Pencapaian ini menaikkan lagi semangat warga UPM untuk terus mengorak langkah bagi mencapai aspirasi dan sasaran Putra Global 100 (PG100), iaitu menjadi 100 universiti terbaik di dunia dalam tempoh tiga tahun yang akan datang," katanya.

Sementara itu, keputusan yang diumumkan itu menyaksikan 1,604 universiti antarabangsa dinilai, namun hanya 1002 universiti dari 93 buah negara sahaja yang tersenarai. – BERNAMA

 

Sumber:https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2020/06/698937/upm-perbaiki-kedudukan-dalam-qs-world-university-rankings-2021

 

Date of Input: 17/06/2020 | Updated: 17/06/2020 | aynafarhana

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEaXA1~