Student Complaint Resolution In Today’s Digital Channel | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Student Complaint Resolution In Today’s Digital Channel

Student Complaint Resolution In Today’s Digital Channel

Oleh: Ayna Farhana Mohamad Sari

 

SERDANG, 10 Januari - Dengan aduan pelajar, untuk mendapatkan pendekatan yang lebih baik, kolej telah menggabungkan gelung maklum balas ke dalam sistem secara atas talian. Dan, sebagai tambahan kepada kepentingan sistem pengurusan aduan melalui cara terbaik untuk menentukan adalah kerjasama  dengan pasukan IT.

Baru-baru ini pada 10 Januari 2020, satu perbincangan berkaitan sistem e-Aduan Kerosakan Kolej-Kolej Kediaman telah diadakan di antara Kolej Dua Belas, Kolej Empat Belas serta kerjasama pihak Pusat Pembangunan Maklumat Dan Komunikasi (iDEC) dan PJS Development Sdn. Bhd. Perbincangan tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kolej Empat Belas, Universiti Putra Malaysia.

Bagi penambahbaikan pengurusan aduan kerosakan kolej-kolej, kolej-kolej akan melaksanakan Sistem e-Aduan Kerosakan secara atas talian bagi menggantikan sistem pengisian borang secara manual. Sistem e-Aduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif iaitu untuk menyediakan satu medium untuk menerima aduan melalui sistem yang telah dibangunkan oleh pihak iDEC untuk para pelajar.

Aduan ini melibatkan kerosakan awam serta kerosakan elektrik. Dengan adanya sistem ini, adalah diharapkan urusan para pelajar, Kolej Dua Belas serta pihak PJS Development Sdn. Bhd. akan dipermudahkan lagi.

Sesi Ujilari sistem akan dilaksanakan bermula 20 Januari 2020. Para pelajar boleh capai ke sistem tersebut melalui capaian ekolej.upm.edu.my. Kerjasama semua pelajar dalam membantu proses sesi ujilari e-Aduan Kerosakan ini amat dihargai.

Sebarang pertanyaan mengenai aduan yang telah dibuat, sila hubungi:

Kolej Dua Belas

Universiti Putra Malaysia

43400 Upm Serdang

Selangor

Tel: 03 - 9769 2160/7368/7362

Date of Input: 21/01/2020 | Updated: 21/01/2020 | aynafarhana

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEZOA1~