SPRING FESTIVAL KELAB GENERASI 12 | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » SPRING FESTIVAL KELAB GENERASI 12

SPRING FESTIVAL KELAB GENERASI 12

SPRING FESTIVAL KELAB GENERASI 12

KOLEJ DUA BELAS SESI 2024/2025

 

SERDANG, 18 JANUARI – Program Spring Festival Kelab Generasi 12 merupakan program anjuran Kelab Generasi 12 (G12), Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025, serta Kelas Kesenian dan Kebudayaan, Persatuan Senibudaya Zhong Hua UPM dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar Kolej Dua Belas dan Kolej Empat Belas, UPM yang berbilang kaum tentang perayaan Tahun Baru Cina yang disambut oleh kaum Cina di Malaysia. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mewujudkan semangat perpaduan dan kerjasama antara ahli Kelab G12 dalam menjayakan program Spring Festival Kelab G12. Melalui program ini juga dapat melahirkan sikap bertanggungjawab dan kesediaan dalam menyumbangkan idea dan tenaga terhadap Kolej Dua Belas, UPM.

 

Program ini bermula pada jam 9.45 pagi dengan diketuai oleh Saudara Ho Pin Jie yang melaksanakan Pertandingan Kaligrafi Cina. Program ini diteruskan lagi pada jam 2.30 petang dengan kedatangan felo Kolej Dua Belas dan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025 serta peserta aktiviti Yee Sang di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM.

 

Seterusnya, sesi penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Kaligrafi Cina dan ucapan oleh Saudara Theang Kah Chun, pengerusi Kelab Genarasi 12 telah dijalankan. Program ini diteruskan lagi dengan aktiviti secara berkumpulan bagi memberikan pengalaman menulis kaligrafi Cina dan melipat Kongming Lantern kepada peserta program. Bukan itu sahaja, semua peserta telah menyaksikan persembahan Chinese Orchestra of Zhong Hua Cultural Arts Society UPM dan aktiviti Yee Sang yang dijalankan pada petang itu. Pada penghujung acara, para peserta mengimbas kod QR untuk pengisian maklum balas sebagai tanda menyertai program ini.

 

Program Spring Festival Kelab Generasi 12 telah dihadiri oleh seramai 60 orang mahasiswa Kolej Dua Belas dan Kolej Empat Belas di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, Universiti Putra Malaysia. Terdapat banyak maklum balas dan komen positif diberikan oleh para peserta yang berpuas hati dengan kelancaran perjalanan program. Pengerusi Kelab Generasi 12 juga sempat menyampaikan kata-kata penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa kelab Generasi 12 serta semua peserta yang hadir memeriahkan program ini. Program kemudian diakhiri dengan sesi fotografi sebelum majlis bersurai.

 

 

 

Gambaran 1 menunjukkan Pertandingan Kaligrafi Cina yang sedang berlangsung.

 

 

Gambaran 2 menunjukkan pemenang bagi Pertandingan Kaligrafi Cina.

 

 

Gambaran 3 menunjukkan persembahan Chinese Orchestra Zhong Hua UPM.

 

 

Gambaran 4 menunjukkan aktiviti Yee Sang yang sedang berjalan.

 

 

Gambaran 5 menunjukkan sesi fotografi di penghujung program.

Date of Input: 13/02/2025 | Updated: 13/02/2025 | m.ahir

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
S, (03:06:47pm-03:11:47pm, 17 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]