SENI CITRA MEREKA K12
KOLEJ DUA BELAS SESI 2025/2026
SERDANG, 15 SEPTEMBER – Program Seni Citra Merdeka K12 merupakan program anjuran Sekretariat Kediaman dan Kebajikan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2025/2026 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan meningkatkan penghayatan terhadap semangat kemerdekaan dalam diri peserta. Melalui program ini, mahasiswa dapat menunjukkan rasa cinta terhadap negara melalui karya yang telah dihasilkan dengan berkonsepkan kemerdekaan. Bukan itu sahaja, program ini juga memberi peluang kepada mahasiswa untuk menonjolkan bakat dalam kemahiran ekspresi seni seperti reka bentuk grafik, penyuntingan video dan seni visual. Penglibatan yang aktif ini secara tidak langsung dapat menanam rasa cinta terhadap negara serta dapat melahirkan mahasiswa yang bersemangat patriotik.
Program ini terbahagi kepada empat jenis kategori penyertaan iaitu pertandingan membuat arca daripada barangan kitar semula, pertandingan fotografi, pertandingan e-poster dan pertandingan penyuntingan video. Peserta bebas memilih kategori yang ingin diikuti. Kesemua pertandingan dinilai oleh ahli Sekretariat Kediaman dan Kebajikan dan Dr Khairul Nizam Samsudin yang merupakan Felo Pemantau bagi program Seni Citra Merdeka K12.
Program ini bermula pada 25 Ogos 2025 hingga 1 September 2025 iaitu kategori pertama pertandingan membuat arca daripada barangan kitar semula. Seterusnya, kategori kedua pertandingan fotografi dilaksanakan pada 30 Ogos 2025 hingga 1 September 2025 dan diikuti dengan kategori pertandingan e-poster dan pertandingan penyuntingan video pada 3 September 2025 hingga 10 September 2025. Program ini kemudian diteruskan dengan sesi penjurian pada 11 September 2025 hingga 13 September 2025 dan diakhiri dengan majlis penutupan pada 15 September 2025 untuk pengumuman para pemenang. Program Seni Citra Merdeka K12 telah menerima 41 penyertaan yang terdiri daripada pelajar UPM.
![]() |
|
Gambaran 1 : Penghantaran hasil karya peserta di media sosial (Instagram).
|
![]() |
|
Gambaran 2 : Sesi penjurian dilakukan.
|
![]() |
|
Gambaran 3 : Pengarah program Seni Citra Merdeka K12 memberikan ucapan.
|
![]() |
|
Gambaran 4 : Wakil felo memberi ucapan perasmian majlis penutup.
|
![]() |
|
Gambaran 5 : Pengumuman pemenang bagi setiap kategori Seni Citra Merdeka K12.
|
Date of Input: 07/11/2025 | Updated: 07/11/2025 | m.ahir

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR