SELF-CARE BUKAN SELFISH | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » SELF-CARE BUKAN SELFISH

SELF-CARE BUKAN SELFISH

SELF-CARE BUKAN SELFISH

KOLEJ DUA BELAS SESI 2024/2025 

 

SERDANG, 13 JUN 2025 – Program Self-Care Bukan Selfish telah berjaya dianjurkan secara dalam talian oleh Sekretariat Kediaman dan Kebajikan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang pentingnya menjaga kesihatan mental, fizikal dan emosi dalam kehidupan seharian.

Program ini telah diadakan secara maya menerusi platform Google Meet dan berjaya menarik penyertaan seramai 140 orang mahasiswa Kolej Dua Belas. Pengisian utama program ialah sesi perkongsian oleh penceramah bertauliah dalam bidang kesihatan mental, diikuti dengan sesi soal jawab dan perbincangan interaktif.

Program ini bermula pada jam 8:30 malam dengan ketibaan felo dan panel penceramah. Program dibuka dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan daripada pengarah program. Program kemudian diteruskan dengan agenda utama iaitu motivasi yang disampaikan oleh panel penceramah. Penceramah telah menekankan bahawa amalan self-care bukanlah satu bentuk keegoan, sebaliknya merupakan satu bentuk tanggungjawab terhadap diri sendiri. Para peserta didedahkan dengan pelbagai teknik pengurusan stres, keseimbangan emosi serta amalan harian yang boleh membantu memperbaiki kesihatan mental. Pada jam 11:00 malam, para penonton mengimbas kod QR bagi pengisian merit dan juga QR borang maklum balas program sebelum majlis bersurai.

 

 

Gambaran 1 menunjukkan sesi perkongsian oleh panel penceramah.

 

Gambaran 2 menunjukkan sesi karaoke oleh panel penceramah bersama peserta.

 

Gambaran 3 menunjukkan sesi fotografi antara peserta dan juga panel penceramah.

 

Gambaran 4 menunjukkan sesi fotografi bersama ahli jawatankuasa Self-care Bukan Selfish.

 

 

 

 

Date of Input: 07/07/2025 | Updated: 07/07/2025 | m.ahir

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
W, (09:05:07pm-09:10:07pm, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]