SEIZE THE DAY @ PANTAI CAHAYA NEGERI | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » SEIZE THE DAY @ PANTAI CAHAYA NEGERI

SEIZE THE DAY @ PANTAI CAHAYA NEGERI

SEIZE THE DAY @ PANTAI CAHAYA NEGERI

KOLEJ DUA BELAS SESI 2024/2025

 

PORT DICKSON, 14 APRIL 2025 – Program Seize The Day @ Pantai Cahaya Negeri merupakan program anjuran Sekretariat Pendigitalan dan Komunikasi Korporat, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025 dengan kerjasama Kesatuan Mahasiswa, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada mahasiswa untuk menonjolkan kemahiran mengambil gambar dan kemahiran penyuntingan. Program ini juga dapat membantu merapatkan hubungan sesama mahasiswa. Dengan pelaksanaan program ini, program ini dapat membantu mahasiswa dalam menambah kemahiran yang boleh digunakan pada masa akan datang. Bukan itu sahaja, program ini juga merupakan medium bagi melahirkan mahasiswa yang kreatif dan berkemahiran dalam pemotretan. Selain itu, program ini mengasah kemahiran pemotretan, penyuntingan dan sikap kerjasama melalui aktiviti berkumpulan.

 

Program ini telah menyaksikan bakat peserta dalam kemahiran pemotretan dan penyuntingan gambar dengan kreatif. Peserta juga menonjolkan bakat penulisan kreatif dengan menyediakan kapsyen yang menarik berdasarkan gambar yang diambil. Kesemua gambar peserta telah dinilai oleh barisan juri yang terdiri daripada Barisan Tertinggi, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2024/2025.

 

Program ini bermula dari 12 April 2025 bertempat di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson, Negeri Sembilan di mana peserta dikehendaki mengambil gambar mengikut kreativiti masing-masing di Pantai Cahaya Negeri melalui penyertaan secara berkumpulan. Seterusnya pada 13 April 2025, peserta dikehendaki untuk menghantar penyertaan melalui pautan Google Form yang disediakan. Pada 14 April 2025, telah bermula sesi penjurian oleh pihak penganjur untuk memilih pemenang yang memenuhi kriteria penjurian yang telah ditetapkan. Hadiah pemenang bagi Program Seize The Day @ Pantai Cahaya Negeri telah diserahkan pada 20 April 2025 di hadapan Pejabat Kolej 12 dengan kehadiran Felo Pemantau, Dr. Khairul Nizam Samsudin. Program ini telah menerima 26 penyertaan yang terdiri daripada kolegiat Kolej Dua Belas, UPM dan mahasiswa UPM.

 

Gambaran 1 menunjukkan perserta berkumpul dan menaiki bas ke Pantai Cahaya Negeri

 

Gambaran 2 menunjukkan aktiviti senamrobik sedang dijalankan setelah tiba di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson.

 

Gambaran 3 menunjukkan Aktiviti sukaneka yang telah dijalankan.

 

 

Gambaran 4 menunjukkan pemberian hadiah kepada pemenang sukaneka.

 

Gambaran 5 menunjukkan pemberian hadiah kepada pemenang Seize The Day yang diserahkan oleh felo pemantau, Dr. Khairul Nizam Samsudin.

Date of Input: 09/06/2025 | Updated: 09/06/2025 | m.ahir

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
W, (06:06:20pm-06:11:20pm, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]