SAVE OUR EARTH | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » SAVE OUR EARTH

SAVE OUR EARTH

SAVE OUR EARTH

KOLEJ DUA BELAS SESI 2023/2024

SERDANG, 22 APRIL – Program Save Our Earth merupakan programanjuran Sekretariat Keusahawanan dan Penjanaan, dan Sekretariat Kelestarian Hijau dan Kesukarelawanan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2023/2024 dengan kerjasamaPihakPengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan untuk untuk meraikan Hari Bumi danmendorong kesedaran mengenai alam sekitar di kalangan mahasiswa Kolej DuaBelas, Universiti Putra Malaysia (UPM) khususnya. Inisiatif program ini dilaksanakan adalahuntukmenjadi medium bagi mahasiswa Kolej Dua Belas untuk berperan aktif dalammelestarikanalam sekitar, dan mengambil langkah proaktif untuk melindungi bumi kita. Malah, programini bertujuan untuk menerapkan budaya kitar semula dalam ikalangan mahasiswadanmelahirkan mahasiswa yang memainkan peranan yang lebih aktif dalammenyokongMatlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dengan memelihara alamsekitar. Pengisianutama program ini terdiri daripada pengumpulan barang-barang kitar semula daripada mahasiswa dan warga Kolej Dua Belas.

Program ini dijalankan selama empat hari iaitu bermula daripada 19 April pada jam8:00pagi hingga 22 April 2023 pada jam 10:00 malam. Program ini menerima sumbanganbarangkitar semula seperti botol plastik, tin kosong, kotak, dan kertas, serta pakaian, kasut danbarangan yang masih berada dalam keadaan baik. Setiap sumbangan yang dibuat akandirekodkan melalui Google Form yang disediakan di tempat sumbangan sebagai bukti sumbangan dan pengisian merit bagi pelajar yang telah menyumbang. ProgramSaveOur Earth telah disertai oleh 40 orang mahasiswa Kolej Dua Belas. Peserta memberikanmaklumbalas dan komen positif kerana dapat menyumbang barang-barang yang boleh dikitarkansemula. Akhir sekali, barang-barang yang disumbangkan telah dijual di AVAResourceCenter iaitu Pusat Kitar Semula di Bandar Baru Bangi, Selangor. Jumlah hasil barangkitar semula yang dalam dikumpulkan adalah anggaran sebanyak 80 kg. Akhir kata, programini diharapkan dapat dapat melahirkan mahasiswa yang bertanggungjawab dalammemeliharadan memulihara alam sekitar, serta mampu memberi perubahan dalamusaha menjagakelestarian alam sekitar demi kesejahteraan bersama.

 

Gambaran 1 menunjukkan penyediaan tempat sumabangan di Hadapan pejabat K12.

 

Gambaran 2 menunjukkan sumbangan dan sokongan daripada Prof. Madya Dr. Siti Suriawati Isa, Pengetua Kolej Dua Belas.

 

Gambaran 3 menunjukkan sumbangan yang diberikan daripada mahasiswa Kolej DuaBelas.

 

Gambaran 4 menunjukkan sesi mengemas tempat sumbangan.

 

Gambaran 5 menunjukkan proses penjualan barangan kitar semula yang disumbangolehmahasiswa dan warga Kolej Dua Belas di AVA Resource Center Bangi, Selangor.

Date of Input: 20/05/2024 | Updated: 10/06/2024 | m.ahir

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
S, (09:26:19pm-09:31:19pm, 17 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]