RECREATION RETREAT | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » RECREATION RETREAT

RECREATION RETREAT

PROGRAM RECREATION RETREAT

KOLEJ DUA BELAS SESI 2024/2025

 

TAMPIN, 30 NOVEMBER – Program Recreation Retreat merupakan program anjuran Sekretariat Sukan dan Rekreasi, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, Kesatuan Mahasiswa dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM. Program ini merupakan program pendakian gunung yang memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi dan membina hubungan yang lebih erat dalam suasana yang tenang dan menyeronokkan. Melalui program ini, mahasiswa akan terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dirancang untuk meningkatkan keupayaan fizikal dan mental mereka. Aktiviti seperti mendaki di kawasan semula jadi tidak hanya akan membantu dalam membina daya tahan fizikal, tetapi juga memberikan pengalaman berharga dalam menghadapi cabaran. Selain itu, latihan membina kemahiran insaniah dalam diri mahasiswa akan meningkatkan semangat kerjasama dan komunikasi yang efektif antara peserta.

 

Program seperti ini memberikan penekanan terhadap aspek kesihatan mental mahasiswa UPM. Melalui program ini, peserta berpeluang untuk melepaskan tekanan akademik dan menikmati keindahan alam sekitar. Aktiviti pendakian Gunung Datuk ini telah diketuai oleh ketua jurupandu, Encik Zabani Yussop dan dibantu tiga orang jurupandu yang lain.

 

Program ini bermula pada jam 4:00 pagi dengan pendaftaran peserta dibantu oleh AJK pendaftaran. Semua peserta, felo dan staf bertolak ke Taman Eko Rimba Gunung Datuk tepat jam 4:30 pagi. Program kemudian diteruskan dengan taklimat keselamatan yang disampaikan oleh ketua jurupandu dan sedikit ucapan daripada pengarah program. Seterusnya, aktiviti utama program iaitu mendaki Gunung Datuk diteruskan sebaik sahaja selesai membuat regangan. Program Recreation Retreat telah menerima 39 peserta yang terdiri daripada 37 orang pelajar UPM dan 2 orang felo dan staf. Setelah semua peserta selesai melakukan aktiviti pendakian, program diteruskan dengan sesi makan bersama peserta serta sesi bergambar di tapak puncak Gunung Datuk bersama peserta dan Cik Wan Nur Aina Meor Mohd Ghazali, Felo Kolej Dua Belas. Pada jam 2:30 petang, semua peserta berjaya turun ke bawah dengan bantuan 4 jurupandu.

 

 

Gambaran 1 menunjukkan ketibaan felo dan peserta di Taman Eko Rimba Gunung Datuk.

 

 

Gambaran 2 menunjukkan taklimat keselamatan bersama jurupandu sebelum mendaki Gunung Datuk.

 

 

Gambaran 3 menunjukkan aktiviti pendakian bermula.

 

 

Gambaran 4 menunjukkan ketibaan felo dan peserta di tapak puncak Gunung Datuk.

 

 

Gambaran 5 menunjukkan sesi bergambar bersama jurupandu dan peserta Recreation Retreat.

Date of Input: 23/01/2025 | Updated: 23/01/2025 | m.ahir

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
W, (05:47:32pm-05:52:32pm, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]