Program What’s Up | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Program What’s Up

Program What’s Up

SERDANG, 19 November - Program What’s Up K12 telah dianjurkan oleh Sekretariat Blok, Kebajikan dan Keselamatan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2021/2022 pada 7 November 2021 melalui platform medium dalam talian iaitu Youtube live TWELVETV!

What’s Up K12 merupakan sebuah program yang dijalankan untuk memperkenalkan tempat dan kemudahan serta menjelaskan informasi berkaitan Kolej Dua Belas. Program ini dijalankan khusus kepada semua mahasiswa tahun pertama Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM).  Program ini mampu menjadi rujukan dan panduan yang penting sebelum mereka tiba di perkarangan Kolej Dua Belas. Pada masa yang sama program ini juga berfungsi sebagai penyampai maklumat penting seperti pengenalan kepada Majlis Perwakilan Kolej Dua Belas Sesi 2021/2022, pengenalan blok kediaman, fasiliti yang terdapat di Kolej Dua Belas, media sosial Kolej Dua Belas serta pendedahan tentang penggunaan e-merit dan e-kolej.

Kami menyasarkan seramai 200 orang mahasiswa tahun pertama Kolej Dua Belas, UPM. Pada hari program ini berlangsung seramai 342 orang pelajar telah menyaksikan program ini secara live di Youtube TWELVETV! Para peserta yang menyertai program ini menunjukkan kerjasama yang sangat baik dan memberi respon terhadap video yang kami tayangkan. Sesi soal jawab juga disambut dengan baik dan pihak kami menerima banyak soalan oleh pelajar-pelajar tahun 1. Soalan tersebut dipilih dan dijawab secara langsung. Bersama-sama laporan ini saya lampirkan gambar semasa program berlangsung.

Date of Input: 23/11/2021 | Updated: 08/12/2021 | aynafarhana

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEUIA7~