PROGRAM MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTINJEN KOLEJ 12 | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » PROGRAM MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTINJEN KOLEJ 12

PROGRAM MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTINJEN KOLEJ 12

PROGRAM MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTINJEN KOLEJ 12

KOLEJ DUA BELAS SESI 2023/2024

 

SERDANG, 26 MEI – Program Majlis Penyerahan Bendera kepada Kontinjen Kolej 12 merupakan program anjuran Sekretariat Sukan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2023/2024 dengan Kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan untuk mengiktiraf usaha para atlet Kolej Dua Belas dalam menyertai Sukan Kolej UPM (SUKPRA). Bukan itu sahaja, program ini juga untuk menunjukkan sokongan daripada pihak kolej kepada para atlet yang terlibat dalam SUKPRA. Malah, program ini bertujuan menyunting semangat dalam diri para atlet untuk menaikkan nama Kolej Dua Belas. Agenda utama program ini terdiri daripada penyerahan bendera kepada kontinjen Kolej Dua Belas yang disampaikan oleh Puan Nor Hasuzie Abdul Latif, Pegawai Tadbir Kolej Dua Belas, UPM. Program ini bermula pada 8:15 malam dengan ketibaan Pegawai Tadbir dan para Felo Kolej Dua Belas.

Program diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Putra Gemilang serta bacaan doa. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada pengarah program dan Pegawai Tadbir Kolej Dua Belas. Program diteruskan lagi dengan agenda utama program iaitu penyerahan bendera kepada setiap kontinjen Kolej Dua Belas serta bacaan ikrar yang diketuai oleh saudara Amer Firdauz Abdul Halim, ketua kontinjen Kolej Dua Belas. Tayangan montaj perlawanan SUKPRA semester 1 sesi 2023/2024 ditayangkan dan program diteruskan dengan sesi bergambar bersama atlet Kolej Dua Belas. Seramai 50 orang atlet dan pengurus pasukan Kolej Dua Belas telah menghadiri Program Penyerahan Bendera Kepada Kontinjen Kolej 12. Akhir sekali, program berakhir dengan nyanyian lagu Kolej Dua Belas, sesi pengisian merit pelajar yang hadir dan program bersurai.

 

Gambaran 1 menunjukkan pengarah program memberi ucapan dan kata kata aluan.

 

Gambaran 2 menunjukkan Pegawai Tadbir Kolej Dua Belas memberi ucapan dan kata alu- aluan.

 

Gambaran 3 menunjukkan penyerahan bendera kepada Kontinjen Kolej Dua Belas yang disampaikan oleh Puan Nor Hasuzie Abdul Latif, Pegawai Tadbir Kolej Dua Belas.

 

Gambaran 4 menunjukkan sesi bergambar antara para atlet bersama tetamu jemputan.

 

Gambaran 5 menunjukkan sesi bergambar antara para atlet kolej dua belas.

Date of Input: 23/07/2024 | Updated: 23/07/2024 | m.ahir

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
X, (03:13:41am-03:18:41am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]