Program Infografik Deepavali | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Program Infografik Deepavali

Program Infografik Deepavali

SERDANG, 12 November – Program Infografik Deepavali K12 merupakan sebuah program yang menjadi medium untuk meraikan perayaan Deepavali oleh seluruh warga Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi membentuk sebuah kolej yang menjunjung perpaduan kaum meskipun perayaan ini biasanya diraikan oleh masyarakat India sahaja. Tidak ramai yang mengetahui latar belakang atau upacara perayaan Deepavali ini terutamanya pelajar yang bukan berbangsa India, maka pertandingan ini dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa Kolej Dua Belas agar mempunyai pengetahuan tentang sambutan perayaan kaum di Malaysia. Bukan itu sahaja, program ini turut membuka ruang kepada mahasiswa Kolej Dua Belas untuk menyerlahkan bakat dan kreativiti mereka dalam menghasilkan karya yang menggunakan medium digital kerana penghasilan karya infografik secara digital memerlukan kemahiran yang sangat luas. Minat pelajar dalam menghasilkan karya digital ini boleh dicungkil sekali gus dapat ditonjolkan kepada pihak luar yang berminat untuk mencari mahasiswa yang mempunyai kemahiran menghasilkan infografik secara digital. Hasilnya, mahasiswa Kolej Dua Belas dapat mengetahui serba sedikit tentang sambutan perayaan Deepavali dalam bentuk infografik secara digital sekali gus mempraktikkan amalan persaingan secara sihat.

 

Anjuran adalah Sekretariat Kerohanian Dan Perpaduan Kaum, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2021/2022 Dengan Kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia. Pertandingan Infografik Deepavali K12 dapat satu usaha dalam menyatupadukan mahasiswa Kolej Dua Belas yang berbilang kaum. Mahasiswa cakna akan setiap perayaan yang disambut oleh segenap kaum kerana Kolej Dua Belas memiliki pelbagai latar yang berbilang kaum di bawah satu pusat pimpinan Kolej Dua Belas. Pencapaian dan pengalaman melalui penganjuran Pertandingan Infografik Deepavali ini tidak akan dicapai tanpa penglibatan anda semua secara langsung mahupun tidak langsung.

Date of Input: 22/11/2021 | Updated: 11/01/2022 | aynafarhana

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXDcVA7~