Program Doodle On Mask | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Program Doodle On Mask

Program Doodle On Mask

SERDANG, 17 November - Program Doodle On Mask Kolej Dua Belas telah dianjurkan oleh Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan Kaum, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas pada 27 Ogos 2021 sehingga 16 September 2021 melalui platform media sosial iaitu Instagram.

Doodle On Mask Kolej Dua Belas merupakan satu program bertujuan untuk memberi pendedahan dan mencungkil bakat kreatif mahasiswa dalam dunia lukisan disamping ingin meraikan Hari Kebangsaan negara kita pada tahun ini. Program ini juga mengambil inspirasi dan semangat rakyat Malaysia dalam menghadapi pandemik Covid19 kerana dalam program ini mahasiswa harus menggunakan surgical atau cloth mask sebagai kanvas bagi doodle mereka. Selain itu, tema yang ditetapkan dalam program ini juga ialah tema Hari Kebangsaan negara kita iaitu Malaysia Prihatin bersempena dengan pandemik Covid19. Melalui program ini, mahasiswa akan memperoleh pengalaman dalam menghasilkan doodle yang menunjukkan situasi bertepatan dengan tema yang diberikan. Program ini juga mampu mendidik mahasiswa bahawa walaupun negara dilanda pandemik Covid19 ini, Hari Kebangsaan negara tetap perlu diraikan sebagai tanda syukur dan penghargaan terhadap kebebasan Tanah Air kita.

Seramai 15 orang pelajar daripada Kolej Dua Belas telah menyertai program ini. 3 orang pelajar daripada Kolej Dua Belas juga telah menjadi ahli jawatankuasa untuk program ini dan setiap mereka telah menjalankan tugas masing-masing dengan baik. Setiap peserta yang menyertai program ini menunjukkan kerjasama dengan sangat baik dalam mengikut arahan serta menunjukkan sisi kreativiti apabila hasil yang dihantar adalah tulen dan asli tanpa plagiat dari mana-mana platform. Tambahan pula, seramai tiga orang pelajar telah berjaya memenangi kategori yang disertakan dalam program ini iaitu Nur Eizzah Bt Razak (Tempat pertama), Nurul Izzatty Bt Ramlan (Tempat Kedua), dan Siti Nur Hasliza Bt Alias (Tempat Ketiga).

Date of Input: 22/11/2021 | Updated: 22/11/2021 | aynafarhana

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEUCA3~