PROGRAM BAHASA ASAS PERPADUAN | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » PROGRAM BAHASA ASAS PERPADUAN

PROGRAM BAHASA ASAS PERPADUAN

PROGRAM BAHASA ASAS PERPADUAN

K12 KOLEJ DUA BELAS SESI 2024/2025

SERDANG, 7 JANUARI – Program Bahasa Asas Perpaduan merupakan program anjuran Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia. Program ini adalah inisiatif yang menggabungkan perbincangan dan wacana akademik, bertujuan untuk melahirkan mahasiswa Universiti Putra Malaysia yang memiliki pemahaman yang mendalam tentang peranan Bahasa Melayu bukan hanya sebagai mata pelajaran di sekolah, tetapi sebagai alat perpaduan dan simbol kebangsaan. Dengan tema yang menekankan nilai – nilai perpaduan dan identiti kebangsaan, program ini menjadi saluran penting untuk mendorong mahasiswa UPM agar memahami kepentingan Bahasa Melayu dalam menyatukan masyarakat yang berbilang kaum dan budaya di Malaysia. Melalui pelaksaan program ini, kemahiran insaniah dan kefahaman mahasiswa UPM mengenai perpaduan nasional akan terus ditingkatkan.

 

Program ini telah menjemput seorang pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia, iaitu Profesor Madya Dr. Mohd. Zariat Bin Abdul Rani yang merupakan seorang tokoh akademik yang berpengalaman luas dalam bidang kesusasteraan melayu. Program ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Cik Nor Adila Rosidi, Ketua Felo Kolej 12, barisan felo Kolej 12 dan juga Saudara Muhamad Fizry Shah Md Sarip, Presiden Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025.

 

Program ini bermula pada jam 8:30 malam dengan kehadiran penceramah jemputan, felo dan juga para peserta untuk masuk ke dalam pautan Google Meet yang telah disediakan. Majlis dibuka dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan daripada pengarah program. Program kemudian diteruskan lagi dengan sesi pengenalan penceramah jemputan dan seterusnya ke agenda utama program iaitu ceramah daripada penceramah jemputan yang bertajuk, “Bahasa Melayu: Hanya Subjek Sekolah atau Simbol Perpaduan?”. Program ini telah disertai oleh seramai 235 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Putra Malaysia. Setelah tamat sesi perkongsian daripada penceramah jemputan, majlis diteruskan dengan sesi soal jawab daripada peserta. Bukan sahaja mendapat input yang menarik, program ini juga dimeriahkan lagi dengan sesi kuiz yang mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para peserta dan tiga orang peserta yang mendapat markah tertinggi telah menerima saguhati daripada pihak penganjur. Program kemudian diakhiri dengan sesi bergambar bersama penceramah jemputan dan peserta. Pada jam 10:30 malam, para peserta mengimbas kod QR bagi penilaian dan juga pengisian merit sebelum majlis bersurai.

 

 

 

Gambaran 1 menunjukkan AJK Program Bahasa Asas Perpaduan sedang memimpin bacaan doa.

 

 

 

Gambaran 2 menunjukkan pengarah Program Bahasa Asas Perpaduan sedang memberikan ucapan.

 

 

 

Gambaran 3 menunjukkan sesi perkongsian daripada penceramah jemputan.

 

 

 

Gambaran 4 menunjukkan AJK Program Bahasa Asas Perpaduan sedang fokus mendengar perkongsian daripada penceramah jemputan.

 

 

 

Gambaran 5 menunjukkan sesi bergambar bersama penceramah jemputan dan peserta Program Bahasa Asas Perpaduan.

 

Date of Input: 13/01/2025 | Updated: 16/04/2025 | m.ahir

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
F, (05:37:14pm-05:42:14pm, 19 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]