PKP: Kebajikan Pelajar UPM Fasa Ketiga | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » PKP: Kebajikan Pelajar UPM Fasa Ketiga

PKP: Kebajikan Pelajar UPM Fasa Ketiga

Oleh: Ayna Farhana Mohamad Sari

Kebajikan Pelajar UPM Fasa Ketiga (Klik di gambar bagi video situasi pelajar UPM di dalam kampus)

SERDANG, 17 April - Bermulanya fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menuntut komitmen lebih jitu setiap rakyat bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini. Pastinya, semua mahu ‘bebas’ dan kembali ke norma kehidupan biasa secepat mungkin, tetapi jika masih ada yang berdegil dengan tidak mematuhi arahan PKP, kita mungkin melalui beberapa lagi fasa PKP.

Meskipun terdapat rayuan daripada pelajar di institut pengajian tinggi awam yang masih berada di kampus untuk pulang ke kampung, kerajaan memutuskan supaya mereka terus kekal di universiti masing-masing. Sudah 29 hari sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu dan rakyat perlu terus kuat dan berdisiplin untuk melalui tempoh PKP fasa ketiga, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan yang menuntut ‘the new normal’ atau kebiasaan baharu apabila pelajar tidak dapat ke bazar dan menunaikan tarawih berjemaah di masjid.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM), aspek kebajikan, kesihatan dan keselamatan menjadi keutamaan pihak pengurusan universiti kepada yang tinggal di kolej kediaman dalam kampus sepanjang tempoh PKP fasa ketiga yang bermula 15 sehingga 28 April ini. Bahagian Hal Ehwal (BHEP) UPM telah mengambil inisiatif bagi membantu pelajar-pelajar di kolej kediaman UPM demi menjaga kebajikan iaitu telah menyediakan makanan percuma kepada semua pelajar berkenaan dan pelajar akan diberikan 3 hidangan makanan iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam pada setiap hari sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

 

 

Dalam usaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah tambahbaik dengan melantik 4 vendor makanan yang terdiri daripada Canselor Resources, Astana Putra, Norzack Catering dan MMA Eagle Cafe & Catering agar pengurusan makanan pelajar lebih teratur dan efisyen. Vendor-vendor yang telah dilantik telah dipastikan untuk menyedia menu yang sihat kepada pelajar-pelajar UPM.

Date of Input: 26/04/2020 | Updated: 26/04/2020 | aynafarhana

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXETNAM~