Pertandingan Infografik Merdeka | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Pertandingan Infografik Merdeka

Pertandingan Infografik Merdeka

SERDANG, 16 November - Pertandingan Infografik Merdeka telah dianjurkan oleh Sekretariat Sukan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas pada 25 Ogos 2021 sehingga 16 September melalui platform media sosial iaitu Instagram dan Emel.

Pertandingan Infografik Merdeka merupakan satu platform kepada mahasiswa Kolej Dua Belas untuk memupuk semangat patriotik. Mahasiswa juga dapat mencungkil bakat dan daya kreativiti dalam menghasilkan infografik. Pertandingan ini secara tidak langsung meningkatkan perhatian terhadap info sukan dalam kalangan mahasiswa Kolej Dua Belas. Bukan itu sahaja, Pertandingan Infografik Merdeka ini dapat menyerlah bakat semula jadi bagi pelajar Kolej Dua Belas yang menyertai program tersebut.

Seramai 17 orang pelajar dari Kolej Dua Belas telah menyertai program ini. Seramai tiga orang pelajar dari Kolej Dua Belas juga telah menjadi ahli jawatankuasa untuk program ini dan setiap dari mereka menjalankan tugas masing-masing dengan baik. Setiap pelajar telah menunjukkan kreativiti mereka. Tambahan pula, seramai tiga orang pelajar telah Berjaya memenangi pertandingan ini iaitu Muhammad Akif Afnan (tempat pertama), Najwa Asysikin (tempat kedua) dan Muhammad Hakimi (tempat ketiga).

Seramai 31 orang pelajar dari Kolej Dua Belas telah menyertai program ini. 5 orang pelajar daripada Kolej Dua Belas telah menjalankan tugas dengan sangat baik sebagai ahli jawatankuasa untuk program ini. Setiap peserta yang menyertai program ini menunjukkan kerjasama dengan sangat baik dalam mengikut arahan serta menunjukkan sisi kreativiti apabila hasil yang dihantar adalah tulen dan asli tanpa plagiat dari mana-mana platform. Tambahan pula, seramai tiga orang pelajar telah berjaya memenangi kategori yang terdapat dalam program ini.

Date of Input: 22/11/2021 | Updated: 22/11/2021 | aynafarhana

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXETHAG~