Penerimaan Sumbangan Khas Bagi Kebajikan Pelajar | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Penerimaan Sumbangan Khas Bagi Kebajikan Pelajar

Penerimaan Sumbangan Khas Bagi Kebajikan Pelajar

 

SERDANG, 16 Julai - Kenyataan Media Kementerian Pengajian Tinggi pada 31 Januari 2021 menyatakan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan enam (6) kategori pelajar berkeperluan kembali ke kampus secara fizikal mulai 1 Mac 2021 bagi mengikuti PdP secara hibrid iaitu secara fizikal dan secara dalam talian. Sejumlah 5259 pelajar kembali ke kampus secara berperingkat mulai 4 hingga 31 Mac 2021 bagi mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran Semester Kedua Sesi 2020/2021 di kampus.

 

Keberadaan pelajar di kampus dalam tempoh dunia dan negara mendepani pandemic COVID-19 memberikan cabaran yang hebat kepada aspek pengurusan hal ehwal pelajar. Sehubungan itu pelbagai inisiatif diambil oleh pasukan HEPA khasnya Bahagian Hal Ehwal, Bahagian Kaunseling dan Kolej-kolej kediaman dalam menyantuni keperluan pelajar.

Bahagian Hal Ehwal pelajar dan Kolej-kolej kediaman berusaha menyediakan sumbangan makanan dan keperluan asas pelajar terutamanya sepanjang bulan puasa dan Hari Raya. Dianggarkan nilai sumbangan yang diterima adalah sejumlah RM94,927 dengan RM15,000 berbentuk tunai dan RM74,927 berbentuk in-kind seperti makanan (sedia dimasak dan kering), makanan supplement kesihatan, kemudahan sanitasi dan PPE serta nilai berita bernilai RM5000.

 

Justeru kebajikan, keselamatan dan keselesaan pelajar di kampus khasnya sentiasa menjadi keutamaan dalam pengurusan hal ehwal pelajar tanpa mengira bangsa, agama mahupun latarbelakang. Tanggungjawab ini digalas dengan penuh amanah walaupun ianya sangat mencabar terutamanya ketika ini dunia dan negara menghadapi pandemik COVID-19. Tugasan murni ini hampir mustahil dilaksanakan sekiranya tanpa sokongan padu dari Kementerian Pengajian Tinggi, Lembaga Pengarah Universiti, Ahli Pengurusan Universiti, Pasukan HEPA, Majlis Pewakilan Pelajar, Majlis Pewakilan Kolej dan yang terutama para penyumbang budiman yang tanpa jemu membantu menghulur sumbangan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua dan semoga sumbangan bakti kita diberkatiNya.

Date of Input: 16/07/2021 | Updated: 16/07/2021 | aynafarhana

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEaBAW~