MOVIE NIGHT 3.0 | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » MOVIE NIGHT 3.0

MOVIE NIGHT 3.0

MOVIE NIGHT 3.0

KOLEJ DUA BELAS SESI 2024/2025

 

SERDANG, 3 JANUARI – Program Movie Night 3.0 merupakan program anjuran Sekretariat Kediaman dan Kebajikan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, UPM. Program ini merupakan sebuah program hiburan santai yang dirancang untuk memberi ruang kepada pelajar merehatkan minda daripada kesibukan akademik dan kehidupan kampus. Hal ini dikatakan demikian kerana, sesi pembelajaran yang keterlaluan akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental pelajar seperti tekanan dan ‘burn out’. Justeru itu, program ini dapat membantu pelajar mengurangkan tekanan dan mengekalkan kesihatan mental dan emosi yang baik.  

 

Filem yang ditayangkan pada program ini ialah Smile 2, sebuah filem seram psikologi yang dipilih melalui hasil undian tertinggi oleh pelajar dalam kajian soal selidik pemilihan filem melalui Google Form. Tayangan Smile 2 bukan sahaja menjadi hiburan seram malah filem ini juga mengetengahkan mesej yang penting tentang kesihatan mental. Filem ini mendorong mereka untuk berfikir lebih jauh tentang kepentingan menjaga kesihatan mental dan keberanian menghadapi cabaran serta menyelesaikan masalah. Selain itu, jalan ceritanya yang menarik dan plot twist yang tidak dijangka menjadikan filem ini pilihan yang ideal untuk ditayangkan.

 

Program ini bermula pada jam 8:00 malam dengan ketibaan para peserta daripada seluruh warga UPM. Seramai 212 orang peserta telah hadir dan memeriahkan program pada malam itu. Makanan percuma diberikan kepada 100 peserta yang datang awal dan selebihnya dijual dengan harga RM 2 seunit. Pada jam 8:40 malam, pengarah program memberikan sepatah dua kata kepada para peserta sebelum filem mula ditayangkan. Seterusnya, filem Smile 2 mula ditayangkan pada pukul 8:45 malam dan berakhir pada pukul 10:50 malam. Tayangan filem telah berlangsung dalam keadaan yang memuaskan dan audio yang dihasilkan sangat jelas dan berkualiti menambahkan lagi elemen seram kepada penonton. Reaksi penonton sangat menghiburkan dan mencetuskan pelbagai emosi seperti takut, cemas dan gelak tawa membuatkan para penonton sangat menikmati tayangan ini. Pada jam 11:00 malam, para peserta mengimbas kod QR bagi pengisian merit sebelum majlis bersurai.

 

 

Gambaran 1 menunjukkan para peserta mendaftar dan mengambil tiket di kaunter pendaftaran.

 

 

Gambaran 2 menunjukkan para peserta mengambil makanan sebelum filem ditayangkan.

 

 

Gambaran 3 menunjukkan tayangan filem sedang dimainkan.

 

 

Gambaran 4 menunjukkan ahli jawatankuasa makanan menjual makanan semasa program berlangsung.

 

 

Gambaran 5 menunjukkan sesi bergambar bersama ahli jawatankuasa Movie Night 3.0.

Date of Input: 07/02/2025 | Updated: 07/02/2025 | m.ahir

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
F, (07:17:48pm-07:22:48pm, 21 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]