Movie Night | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Movie Night

Movie Night

SERDANG, 1 MAC – Program Movie Night merupakan program anjuran Sekretariat Blok, Kebajikan, dan Keselamatan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2022/2023 dengan Kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan untuk menangani isu tekanan kesihatan mental yang dihadapi oleh mahasiswa Kolej Dua Belas yang berpunca daripada tekanan akademik dan emosi. Program ini juga merupakan salah satu medium untuk mahasiswa berkumpul bagi mengeratkan silaturahim antara mahasiswa Kolej Dua Belas.

 

Pengisian utama program ini adalah tontonan filem yang bertajuk ‘Pengabdi Setan 2’ yang telah mendapat undian majoriti oleh mahasiswa Kolej Dua Belas. Program ini telah dijalankan pada 18 Mac 2023 dan dikendalikan oleh ahli Sekretariat Blok, Kebajikan dan Keselamatan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2022/2023.

 

Program ini bermula pada jam 9:00 malam dengan pendaftaran peserta di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM. Sokongan yang diperolehi daripada mahasiswa Kolej Dua Belas amat baik dengan penyertaan seramai 400 orang. Selain itu, mahasiswa juga dibekalkan dengan juadah ringan seperti kentang goreng, sosej, keropok dan minuman secara percuma. Kedudukan mahasiswa di dalam Dewan Putra 2 juga telah dibahagikan kepada dua bahagian di mana mahasiswa lelaki berada di bahagian kanan manakala mahasiswa perempuan berada di bahagian kiri. Tayangan filem dijalankan tepat pada jam 9:30 malam dan berdurasi selama 2 jam. Selepas tayangan filem tamat pada jam 11:00 malam, program berakhir sesi mengimbas kod QR untuk pengisian merit kehadiran.

 

 

 

Gambaran 1 menunjukkan sesi pendaftaran di hadapan Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM.

 

Gambaran 2 menunjukkan sesi tayangan filem Pengabdi Setan 2 sedang dijalankan.

 

Date of Input: 12/07/2023 | Updated: 12/07/2023 | m.ahir

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEdJAB~