MOBILE LEGENDS VICTORY CUP
KOLEJ DUA BELAS SESI 2024/2025
SERDANG, 22 DISEMBER – Program Mobile Legends Victory Cup (MLVC) merupakan program anjuran Sekretariat Sukan dan Rekreasi, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, UPM. Program ini bertujuan memupuk semangat kerjasama antara pemain sebagai satu pasukan dalam merancang strategi untuk menyelesaikan masalah. Melalui program ini, mahasiswa dapat mengukuhkan kemahiran berfikir secara strategik dan taktikal dalam menyesuaikan diri dengan situasi yang berubah-ubah dalam permainan. Bukan itu sahaja, program ini juga bertujuan untuk mewujudkan pemahaman tentang keselamatan siber dan etika dalam permainan digital. Penglibatan yang aktif ini memberikan mereka pengalaman yang lebih mendalam tentang dunia e-sport, sekaligus membantu membangunkan kemahiran insaniah yang penting, menjadikan mereka mahasiswa yang lebih berdaya saing dan berjaya dalam bidang ini.
Program ini berjaya mendapatkan tajaan berbentuk barangan iaitu headphone dari Fantech Malaysia dan phonecooler dari MODOFO kepada para pemenang serta fingersleeve dari Infi Gadgets kepada semua peserta yang menyertai MLVC. Dengan tawaran hadiah yang menarik ini, semangat peserta semakin membara dan terus mendorong mereka untuk berusaha lebih gigih dan bermain dengan penuh semangat demi merebut gelaran Juara.
Program ini bermula pada jam 8:00 pagi dengan pendaftaran peserta dan pelawanan peringkat kumpulan dijalankan. Pada jam 1:00 tengah hari, perlawanan akhir bagi Upper Bracket dijalankan menggunakan kad room tournament sehinggalah Grand Final. Program MLVC telah menerima 9 penyertaan yang terdiri daripada 54 orang pelajar UPM. Majlis penutupan MLVC telah disempurnakan dengan kehadiran Timbalan Ketua Felo, En. Shukry Jameri dan Presiden Majlis Perwakilan Kolej Dua Belas, Muhammad Fizry Shah Md Sarip dengan diiringi Pengarah Program MLVC, Nur Emalyn Suraya Abdul Rashid dalam sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang pada sesi kali ini. En. Shukry juga menekankan dalam ucapannya kepada peserta supaya terus mencari peluang untuk terus berjaya dalam bidang e-sport yang giat membangun pesat sekarang dan membawa nama Universiti Putra Malaysia ke pentas dunia.
|
|
|
Gambaran 1 menunjukkan perlawanan peringkat kumpulan dimulakan.
|
|
|
|
Gambaran 2 menunjukkan perlawanan Grand Final MLVC sedang berlangsung.
|
|
|
|
Gambaran 3 menunjukkan Pengarah Program MLVC sedang memberikan ucapan.
|
|
|
|
Gambaran 4 menunjukkan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang.
|
|
|
|
Gambaran 5 menunjukkan sesi bergambar bersama peserta MLVC.
|
Date of Input: 14/03/2025 | Updated: 14/03/2025 | m.ahir

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR