MOBILE LEGENDS TWELVE LEAGUE | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » MOBILE LEGENDS TWELVE LEAGUE

MOBILE LEGENDS TWELVE LEAGUE

MOBILE LEGENDS TWELVE LEAGUE

KOLEJ DUA BELAS SESI 2023/2024

SERDANG, 6 JANUARI – Program Mobile Legends Twelve League merupakan program anjuran Sekretariat Sukan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2023/2024 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat persaingan yang sihat, meningkatkan kemahiran permainan, dan membina komuniti sosial dalam kalangan pelajar Kolej 12. Melalui pertandingan, latihan, dan acara berkaitan, program ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengasah kemahiran permainan mereka sambil mewujudkan ikatan persaudaraan antara mahasiswa dalam dunia Mobile Legends. Ia juga boleh memberikan pengalaman dalam pengurusan acara dan mempromosikan keselamatan siber dalam talian melalui peraturan-peraturan yang telah diwujudkan di dalam permainan Mobile Legends itu sendiri seperti penggodam akan disekat dari permainan.

Program ini bermula pada 8:30 pagi diiringi oleh Saudara Amer Firdauz Abdul Halim selaku pengarah yang membuka majlis dan menjemput kehadiran peserta bagi program Mobile Legends Twelve League. Program diteruskan dengan perlawanan peringkat kumpulan yang terdiri daripada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan B. Perlawanan peringkat kumpulan ini berlangsung sehingga pukul 12:00 tengah hari dan peserta diberi masa untuk berehat selama 30 minit sehingga pukul 12:30 tengah hari. Selepas daripada itu, perlawanan kalah mati diadakan bagi menentukan kedudukan tempat pertama kedua dan ketiga. Program Mobile Legends Twelve League telah dihadiri oleh seramai 20 orang mahasiswa Universiti Putra Malaysia yang diadakan di Dewa Putra 2, Kolej Serumpun. Akhir sekali, program berakhir dengan sesi penyampaian hadiah yang disampaikan oleh ketua felo iaitu Encik Khairul Naim Md Padzil bersama dengan pengarah program iaitu Amer Firdauz Abdul Halim kepada para pemenang.

 

Gambaran 1 menunjukkan para peserta sedang berada dalam perlawanan di atas pentas.

 

Gambaran 2 menunjukkan perlawanan yang sedang berlangsung dapat dilihat dengan lebih jelas yang dipaparkan pada skrin layar putih.

 

Gambaran 3 menunjukkan penonton sedang menyaksikan perlawanan yang sedang berlangsung di skrin layar putih.

 

Gambaran 4 menunjukkan penonton yang hadir bagi menyaksikan perlawanan pertandingan Mobile Legends Twelve League.

 

Gambaran 5 menunjukkan sesi penyampaian hadiah bersama para pemenang.

Date of Input: 20/05/2024 | Updated: 20/05/2024 | m.ahir

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
F, (08:21:51pm-08:26:51pm, 19 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]