MELAKAR GAYA HIDUP SIHAT | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » MELAKAR GAYA HIDUP SIHAT

MELAKAR GAYA HIDUP SIHAT

MELAKAR GAYA HIDUP SIHAT

KOLEJ DUA BELAS SESI 2024/2025

 

SERDANG, 21 JUN – Program Melakar Gaya Hidup Sihat merupakan program anjuran Sekretariat Kelestarian Hijau dan Keterjaminan Makanan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (UPM). Program ini bertujuan untuk mempromosikan amalan hidup sihat melalui pemakanan seimbang, program ini turut bertindak sebagai medium untuk menyampaikan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental. Sebanyak 70 orang mahasiswa UPM telah terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program ini. Mereka bukan sahaja diberi pendedahan tentang prinsip asas pemakanan seimbang dan gaya hidup aktif, malah diberi tanggungjawab untuk mengaplikasikan ilmu tersebut melalui demonstrasi penyediaan hidangan sihat, sekali gus menjadikan pengalaman ini lebih bermakna dan mendalam dalam memupuk kesedaran kesihatan. Aktiviti praktikal dilaksanakan secara kolaboratif sebagai simbolik komitmen terhadap budaya hidup sihat dan pencegahan penyakit kronik, demi membentuk generasi yang lebih produktif dan berkualiti.

 

Program bermula seawal jam 8.00 malam dengan ketibaan para peserta UPM di medium dalam talian, Google Meet dan program dimulakan dengan ucapan pengarah serta bacaan doa bagi memohon keberkatan dan kelancaran program sepanjang berlangsungnya acara. Aktiviti utama iaitu sesi taklimat yang disampaikan oleh Encik Mohamad Hanief Ikhwan Ahmad Zapwan, Pegawai Dietetik, Hospital Melaka kemudian telah berlangsung dari jam 9.00 malam hingga 10.00 malam.

 

Sebagai penutup program, sesi kuiz diadakan menggunakan aplikasi Quizziz untuk menguji kefahaman peserta serta menambahkan keseronokan. Peserta yang berjaya menjawab dengan tepat diberi hadiah simbolik sebagai motivasi. Akhir sekali, sesi fotografi diadakan dengan melibatkan semua pihak termasuk penceramah jemputan, peserta dan jawatankuasa program sebagai penutup rasmi majlis sekali gus merakam detik-detik bermakna sepanjang program.

 

 

 

Gambaran 1 menunjukkan sesi pembukaan majlis.

 

 

Gambaran 2 menunjukkan sesi bacaan doa.

 

 

Gambaran 3 menunjukkan slot taklimat bersama Pegawai Dietetik, Hospital Melaka, Encik Mohamad Hanief Ikhwan Ahmad Zapwan.

 

 Gambaran 4 menunjukkan slot kuiz.

 

Gambaran 5 menunjukkan sesi bergambar.

 

Date of Input: 08/07/2025 | Updated: 08/07/2025 | m.ahir

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
X, (04:48:05am-04:53:05am, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]