MALAM IRAMA SUKMA | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » MALAM IRAMA SUKMA

MALAM IRAMA SUKMA

MALAM IRAMA SUKMA

KOLEJ DUA BELAS

 

 SESI 2024/2025 SERDANG, 21 JUN – Program Malam Irama Sukma merupakan program anjuran Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, UPM. Program ini bertujuan mencungkil bakat terpendam mahasiswa Universiti Putra Malaysia dalam bidang kesenian dan kebudayaan, terutamanya dalam bidang nyanyian. Melalui program ini, mahasiswa dapat menonjolkan bakat nyanyian yang mereka ada di hadapan khalayak ramai. Bukan itu sahaja, program ini juga memberi peluang kepada para mahasiswa untuk mengekspresikan emosi dan penghayatan yang mendalam melalui seni vokal atau muzik yang digarap bersama persembahan yang kreatif dan unik. Penglibatan yang aktif ini secara tidak langsung memberi mereka gambaran dan pengalaman sebenar perjalanan anak seni di samping menerapkan kemahiran insaniah dalam diri menjadikan mereka mahasiswa yang unggul.

 

Program ini telah menyaksikan pertandingan bakat pelajar iaitu nyanyian, di mana para peserta diminta untuk menyampaikan persembahan bertemakan lagu-lagu berbentuk sedih atau galau. Kesemua persembahan peserta telah dinilai oleh dua orang juri yang sememangnya hebat dalam seni nyanyian, iaitu En. Muhamad Safri Shaharuddin, Pegawai Eksekutif, Pejabat Timbalan Dekan, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM yang juga seorang tutor kelas vokal asas dan Cik Fara Iezazzy Farid Helmy yang banyak menyumbang bakti kepada Kolej 12 terutamanya dalam bidang nyanyian semasa beliau merupakan pelajar Kolej 12.

 

Program ini bermula pada jam 8:30 malam dengan ketibaan felo dan para juri diiringi oleh pengarah program. Program dibuka dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan daripada pengarah program. Program kemudian diteruskan dengan agenda utama iaitu persembahan daripada peserta. Program Malam Irama Sukma telah menerima 5 penyertaan yang terdiri daripada 3 orang pelajar Kolej 12, seorang pelajar dari Kolej Pendeta Za’ba dan seorang pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Seramai 45 orang penonton yang hadir pada malam itu telah disajikan dengan lima persembahan nyanyian yang begitu hebat. Bukan sahaja dapat menyaksikan persembahan para peserta yang menarik, program Malam Irama sukma turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada juri jemputan sendiri, iaitu Cik Fara Iezazzy. Setelah kesemua peserta selesai melakukan persembahan, program diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang yang telah disempurnakan oleh Encik Shukry Jameri, Timbalan Ketua Felo Kolej Dua Belas. Program kemudian diakhiri dengan sesi bergambar bersama barisan juri dan peserta. Pada jam 9:30 malam, para penonton mengimbas kod QR bagi pengisian merit sebelum majlis bersurai.

 

 

 

Gambaran 1 menunjukkan pengarah program Malam Irama Sukma sedang memberikan ucapan.

 

 

Gambaran 2 menunjukkan salah seorang peserta sedang membuat persembahan nyanyian.

 

 

Gambaran 3 menunjukkan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang.

 

 

Gambaran 4 menunjukkan sesi bergambar bersama barisan juri dan peserta Malam Irama Sukma.

 

 

Gambaran 5 menunjukkan sesi bergambar bersama barisan juri dan peserta Malam Aspirasi Giat Seni K12 (MAGIKA).

Date of Input: 04/08/2025 | Updated: 04/08/2025 | m.ahir

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
F, (09:51:51pm-09:56:51pm, 17 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]