LOOK AT K12, WHAT A BEAUTY! | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » LOOK AT K12, WHAT A BEAUTY!

LOOK AT K12, WHAT A BEAUTY!

LOOK AT K12, WHAT A BEAUTY!

KOLEJ DUA BELAS SESI 2023/2024

SERDANG, 28 APRIL – Program LOOK AT K12, WHAT A BEAUTY! merupakan program anjuran Sekretariat Kerohanian Dan Perpaduan Kaum, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia dan BHEP (UPM). Program ini bertujuan untuk mendedahkan pengetahuan kepada mahasiswa UPM khususnya mahasiswa Kolej Dua Belas tentang kepentingan tatasusila sebagai mahasiswa melalui pertandingan melukis komik dan mencipta video kreatif. Selain itu, slot Meet and Greet bersama Penulis Buku diadakan untuk melahirkan kebolehpasaran graduan dalam bidang penulisan dan pendedahan tentang adab ketika berkarya. Program ini juga diyakini dapat membentuk mahasiswa bermoral yang mampu membantu mewujudkan masyarakat yang berbudi bahasa di Malaysia terutamanya di Universiti Putra Malaysia.

Program ini telah berlangsung selama sebulan bermula pada 1 April 2024 hingga 28 April 2024. Program ini dimulakan dengan pertandingan melukis komik dan mencipta video kreatif melalui medium dalam talian, google form. Program ini telah disertai seramai 9 orang peserta dalam kedua-dua pertandingan. Penyampaian hadiah kepada pemenang telah diadakan di bilik Majlis Perwakilan Kolej pada 28 April 2024 jam 9:00 malam.

Program Look at K12, What a Beauty! diteruskan lagi dengan sesi Meet and Greet Penulis Buku pada 28 April 2024 yang telah dihadiri seramai 43 orang mahasiswa Universiti Putra Malaysia di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun. Program dimulakan dengan perarakan masuk penceramah jemputan pada jam 10:00 pagi iaitu Encik Izzul Islam Bin Mohd Shuhaimi atau lebih dikenali Inche Lebah bersama pengarah program, Rabiatul Adawiah Binti Kamaruddin. Program diteruskan dengan bacaan doa dan pengenalan biodata penceramah jemputan, serta pencerahan daripada Inche Lebah yang bertajuk Passionate Writer: Unlocking The Potential of Writing. Kemudian, majlis diteruskan dengan sesi meet and greet Inche Lebah dan pemberian buku percuma kepada peserta. Akhir sekali, sesi bergambar bersama Inche Lebah dan diikuti dengan sesi cabutan bertuah serta pemberian makanan kepada peserta sebelum bersurai pada jam 1:00 petang.

 

 

Gambaran 1 menunjukkan penulis buku (Inche Lebah) memberi pencerahan yang bertajuk Passionate Writer: Unlocking The Potential of Writing.

 

Gambaran 2 menunjukkan sesi meet and greet bersama penulis buku.

 

Gambaran 3 menunjukkan sesi fotografi bersama penceramah dan para peserta program.

 

Gambaran 4 menunjukkan sesi cabutan bertuah dijalankan.

 

Gambaran 5 menunjukkan pemberian hadiah kepada pemenang pertandingan melukis komik dan pertandingan video kreatif.

Date of Input: 23/07/2024 | Updated: 23/07/2024 | m.ahir

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
F, (03:06:44pm-03:11:44pm, 17 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]