PROGRAM LET’S HUNT, OWL !
KOLEJ DUA BELAS SESI 2024/2025
SERDANG, 23 NOVEMBER – Program LET’S HUNT, OWL ! merupakan sebuah program anjuran Sekretariat Akademik dan Pembangunan Intelektual, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, UPM. Program ini diadakan bertujuan untuk melahirkan mahasiswa Kolej Dua Belas yang mampu bekerjasama dengan pelbagai individu dan teliti dalam menjalankan tugasan atau cabaran yang mereka hadapi agar mereka berani untuk menempuh risiko dalam usaha untuk memajukan diri mereka. Melalui program ini, mahasiswa dapat memupuk semangat kerjasama dalam diri mereka agar mereka mampu berkomunikasi dengan baik bersama ahli kumpulan mereka serta meningkatkan lagi ketelitian mereka dalam membuat keputusan supaya setiap tindakan yang diambil mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Program yang dijalankan ini mempunyai lima checkpoint iaitu tiga di dalam Dewan Putra 2, dan selebihnya berada di wakaf Kolej Dua Belas, anjung Kolej Dua Belas serta bersebelahan Tasik Serumpun. Setiap checkpoint yang disediakan akan menguji kreativiti, minda, tahap pengetahuan peserta serta kerjasama antara ahli pasukan. Peserta telah dinilai oleh ahli jawatankuasa aktiviti yang telah ditempatkan di setiap checkpoint melalui beberapa kriteria utama seperti kreativiti, kekemasan, kerjasama serta ketepatan masa.
Program ini bermula pada jam 8:00 malam dengan ketibaan felo dan pendaftaran peserta. Setelah kehadiran peserta mencukupi, program diteruskan lagi dengan pembahagian kumpulan oleh dua orang pengacara majlis informal. Program kemudian diteruskan dengan pergerakan kumpulan peserta ke checkpoint yang telah ditetapkan. Setelah setiap kumpulan berjaya menyelasaikan tugasan dan cabaran, para peserta berkumpul semula di dalam Dewan Putra 2 bagi sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang iaitu bagi tempat pertama, tempat kedua, tempat ketiga dan empat saguhati. Program Let’s Hunt, Owl ! telah mendapat sambutan sebanyak 35 orang penyertaan yang terdiri daripada mahasiswa kolegiat Kolej Dua Belas UPM. Pada jam 11:10 malam, para peserta mengimbas kod QR bagi pengisian merit sebelum program berakhir.
|
|
|
Gambaran 1 menunjukkan pendaftaran peserta bagi program Let’s Hunt, Owl !.
|
|
|
|
Gambaran 2 menunjukkan pembahagian peserta kepada tujuh kumpulan oleh pengacara majlis.
|
|
|
|
Gambaran 3 menunjukkan peserta sedang menuju ke checkpoint yang seterusnya.
|
|
|
|
Gambaran 4 menunjukkan peserta sedang menyelesaikan tugasan dan cabaran yang diberikan.
|
|
|
|
Gambaran 5 menunjukkan sesi penyampaian hadiah kepada kumpulan pemenang. |
Date of Input: 23/01/2025 | Updated: 23/01/2025 | m.ahir

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR