Kolej Mula Menggunakan Boost Kaedah Pembayaran Tanpa Tunai | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Kolej Mula Menggunakan Boost Kaedah Pembayaran Tanpa Tunai

Kolej Mula Menggunakan Boost Kaedah Pembayaran Tanpa Tunai

Oleh: Ayna Farhana Mohamad Sari

SERDANG, 17 Februari - Dengan beberapa universiti yang telah mengumumkan perkhidmatan transaksi e-wallet, kini Universiti Putra Malaysia (UPM) turut tidak ketinggalan, dan mengumumkan kerjasama bersama Boost untuk tujuan berkenaan. Aplikasi Boost merupakan aplikasi Mobile Wallet (e-wallet) yang dibangunkan oleh Axiata (parent company bagi Celcom). Boost, secara ringkasnya ialah aplikasi yang memudahkan transaksi digital dengan mudah hanya menggunakan smartphone Android dan juga iPhone.

Dengan menggunakan Boost, pelajar atau orang awam yang berurusan di pejabat Kolej Dua Belas boleh menggunakan aplikasi berkenaan untuk menambah kredit, dan seterusnya mengimbas kod QR untuk membayar dengan pantas dan mudah.

Kini pembayaran mudah alih menggunakan telefon pintar atau juga dikenali sebagai e-Wallet telah menggantikan fungsi dompet fizikal. Langkah itu sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan transaksi pembayaran tunai pada tahun 2020 dalam menyediakan akses, fleksibiliti dan pilihan kepada pengguna serta memberi pengalaman pembayaran mudah dan selamat.

Boost adalah aplikasi 'mobile wallet' yang merevolusikan bagaimana pengguna di universiti melakukan transaksi dalam dunia digital yang semakin pesat membangun. Dengan menggabungkan gaya hidup dan teknologi canggih, Boost menjadikan transaksi lebih mudah, pantas, selamat dan memberikan ganjaran pada pengguna.

Dengan Boost, pelajar boleh membuat pembayaran kepada kolej hanya menggunakan telefon bimbit tanpa menggunakan bayaran tunai untuk pembayaran sewaan bilik, denda, sewaan dewan dan sebagainya. Pelajar perlu memuat turun aplikasi Boost terlebih dahulu yang terdapat di Google Play atau App Store dan tambah nilai sebelum pembayaran dilaksanakan.

Date of Input: 28/02/2020 | Updated: 28/02/2020 | aynafarhana

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEaOAe~