KIRANA JAYA K12 | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » KIRANA JAYA K12

KIRANA JAYA K12

LAPORAN BERITA

KIRANA JAYA K12

KOLEJ DUA BELAS SESI 2023/2024

 

SERDANG, 1 JANUARI – Program KIRANA JAYA K12 merupakan program anjuran Sekretariat Akademik dan Alumni, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas Universiti Putra Malaysia. Program ini merupakan sebuah medium untuk mencungkil dan melihat bakat serta minat mahasiswa Kolej Dua Belas dalam bidang bahasa dan berkomunikasi. Melalui program ini, mahasiswa juga dapat menonjolkan keberanian berhujah dan berkomunikasi di hadapan khalayak. Bukan itu sahaja, mahasiswa Kolej Dua Belas juga berpeluang menonjolkan bakat dalam bidang pidato. Oleh itu, program ini diharap dapat meningkatkan lagi kecemerlangan mahasiswa dengan mengasah, bakat, kemahiran dan minat mahasiswa Kolej Dua Belas khususnya dalam bidang kemahiran bahasa seperti sajak dan pidato. Selain itu, program ini diharapkan mampu menjadikan mahasiswa Kolej Dua Belas berkualiti tinggi dan mampu mewujudkan persaingan secara sihat dalam kalangan peserta.

 

Program ini bermula pada 1 Januari 2024 sehingga 4 Januari 2024. Pada 3 Januari jam 8:00 malam, kemasukkan pengarah program saudara Muhammad Mikhael bersama Juri jemputan bagi program Kirana Jaya K12. Program diteruskan dengan bacaan doa kemudian diteruskan dengan persembahan Pidato. Program diteruskan lagi dengan sesi bergambar sebelum bersurai. Program Kirana Jaya K12 diteruskan lagi pada 4 Januari program Kirana Jaya K12 telah dihadiri oleh seramai 121 orang mahasiswa dan mahasiswa Universiti Putra Malaysia ke Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, Universiti Putra Malaysia. Program ini telah disertai seramai 38 orang peserta dalam pertandingan Poem Writing, Pidato dan mendeklamasikan Sajak. Banyak maklum balas dan komen positif diberikan oleh para penonton yang berpuas hati dengan kelancaran perjalanan program. Akhir sekali, program berakhir dengan kata-kata penutup, sesi mengimbas kod QR untuk pengisian merit pelajar yang hadir dan program bersurai.

 

 

Gambaran 1 Ucapan pengarah program Kirana Jaya K12.

 

Gambaran 2 Para Juri memberi penilaian terhadap persembahan

Peserta.

 

 

Gambaran 3 Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan deklamasikan

Sajak.

 

 

Gambaran 4 Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Pidato.

 

Gambaran 5 Sesi Fotografi bersama penonton dan para peserta.

 

 

Date of Input: 20/05/2024 | Updated: 20/05/2024 | m.ahir

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
F, (07:54:44pm-07:59:44pm, 19 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]