KAYAKING TRY-OUT
KOLEJ DUA BELAS SESI 2023/2024
PUTRAJAYA, 27 APRIL - Program Kayaking Try-out merupakan program anjuran Sekretariat Rekreasi, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2023/2024 dengan kerjasama pihak pengurusan Kolej Dua Belas, dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia. Program ini melibatkan 40 orang mahasiswa Universiti Putra Malaysia yang terdiri daripada ahli-ahli Kelab Rekreasi Kolej Dua Belas serta mahasiswa daripada kolej kediaman Universiti Putra Malaysia yang lain. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat dan merapatkan hubungan silaturahim antara mahasiswa dengan bersama-sama mengimarahkan aktiviti rekreasi. Pengisian utama program ini ialah aktiviti rekreasi kayak di Kelab Tasik Putrajaya yang terkenal dengan kemudahan aktiviti rekreasi air, terutamanya kayak.
Program ini berlangsung pada 27 April 2024, hari Sabtu, bermula dengan para peserta bertolak ke Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8 pada waktu 8:30 pagi dengan menaiki bas. Program ini diteruskan dengan taklimat ringkas oleh pengarah program dan pihak instruktor kayak dari Kelab Tasik Putrajaya. Sebelum aktiviti kayak dimulakan, para peserta disediakan sarapan untuk kepentingan tenaga para peserta sebelum melakukan aktiviti. Selepas itu, peserta dibahagikan kepada beberapa pasangan untuk memudahkan aktiviti berkayak. Pada pukul 9:45 pagi, slot berkayak dimulakan. Para peserta diberikan peluang untuk bermain kayak selama 1 jam. Pada pukul 10:45 pagi, aktiviti kayak dihentikan dan para peserta diberikan masa untuk mengurus diri. Sebelum tentatif berakhir, sesi bergambar bersama para peserta dan felo pengiring dijalankan di sekitar kawasan program. Akhir sekali, program berakhir dengan para peserta menaiki bas dan pulang ke Universiti Putra Malaysia pada jam 12:00 tengah hari.

Gambaran 1 menunjukkan para peserta mendengar taklimat ringkas cara pengendalian kayak yang disampaikan oleh pihak Kelab Tasik Putrajaya.

Gambaran 2 menunjukkan para peserta diberikan masa untuk memilih pasangan masing-masing untuk memudahkan urusan menaiki kayak.

Gambaran 3 menunjukkan para peserta bermain kayak di Tasik Putrajaya sambil mengambil peluang untuk merapatkan hubungan silaturahim bersama rakan peserta yang lain.

Gambaran 4 menunjukkan peserta mengambil gambar berhampiran dengan Masjid Putra sambil melakukan aktiviti kayak.

Gambaran 5 menunjukkan para peserta Kayaking Try-out menjalani sesi bergambar bersama felo pengiring program.
Date of Input: 23/07/2024 | Updated: 23/07/2024 | m.ahir

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR