K12 UNITE | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » K12 UNITE

K12 UNITE

K12 UNITE

KOLEJ DUA BELAS SESI 2024/2025

 

SERDANG, 17 NOVEMBER – Program K12 Unite telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Oktober hingga 6 November 2024. Program ini merupakan anjuran Sekretariat Kediaman dan Kebajikan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025 dengan Kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, UPM. Tujuan utama program ini adalah untuk memupuk semangat kekitaan dalam kalangan mahasiswa, pihak pengurusan Kolej Dua Belas, serta felo Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menyemai semangat kesukanan dan persaingan yang sihat dalam kalangan kolegiat Kolej Dua Belas serta menyuburkan semangat perpaduan dan kebersamaan.

 

Pada peringkat awal, program ini bermula pada 19 hingga 20 Oktober 2024 dengan Sukan Kediaman (SUKED), diikuti Treasure Hunt pada 26 Oktober 2024, Gotong-royong Perdana pada 2 November 2024, dan akhirnya majlis penutup pada 6 November 2024. Secara keseluruhan, seramai 285 orang peserta daripada kalangan pelajar kolegiat Kolej Dua Belas telah menyertai program ini. Pertama sekali, Sukan Kediaman (SUKED) berlangsung pada 19 dan 20 Oktober 2024. Seramai 225 orang peserta telah mengambil bahagian dalam sukan bola tampar pada 19 Oktober 2024 serta sukan bola jaring dan dodgeball pada 20 Oktober 2024. Kemudian, program diteruskan lagi dengan Treasure Hunt pada 26 Oktober 2024, bertempat di sekitar kawasan Kolej Serumpun, UPM, yang disertai oleh seramai 44 orang peserta. Seterusnya, Gotong-royong Perdana telah dilaksanakan pada 2 November 2024 di sekitar kawasan Kolej Serumpun, UPM, dengan penyertaan seramai 16 orang peserta. Akhirnya, program ini mencapai kemuncaknya dengan Majlis Penutupan K12 Unite 2024 pada 6 November 2024 yang diadakan di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM. Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Nor Hasuzie Abdullatif, Pegawai Tadbir Kolej Dua Belas. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada barisan ahli jawatankuasa serta para peserta yang menjadi nadi dan penggerak kepada kejayaan program ini.

 

Program ini berjaya membentuk kerjasama dan interaksi yang erat antara kolegiat Kolej Dua Belas, merentasi perbezaan latar belakang, budaya, dan pandangan peribadi. Tambahan lagi, K12 Unite turut membantu membentuk kolegiat yang memahami dan menghargai identiti Kolej Dua Belas serta menimbulkan perasaan bangga sebagai anggota komuniti. Perasaan ini secara tidak langsung mendorong mahasiswa untuk lebih terlibat secara aktif dalam aktiviti kolej. Di samping itu, K12 Unite menerima maklum balas yang sangat positif daripada penonton dan peserta, yang menyatakan kepuasan mereka terhadap kelancaran dan pengisian acara. Pihak penganjur berharap agar program ini dapat dijadikan acara tahunan dan terus mendapat sokongan daripada semua pihak. Akhir sekali, program ini diharapkan mampu memberikan kesan positif kepada mahasiswa Kolej Dua Belas melalui pendedahan terhadap kemahiran insaniah dan nilai-nilai murni, yang seterusnya dapat membantu dalam pembangunan diri, sekali gus melahirkan mahasiswa yang proaktif dan produktif.

 

Gambaran 1 menunjukkan perlawanan sukan bola tampar sewaktu aktiviti Sukan Kediaman (SUKED) K12 Unite.

 

Gambaran 2 menunjukkan aktiviti Treasure Hunt K12 Unite.

 

Gambaran 3 menunjukkan aktiviti Gotong-royong Perdana K12 Unite.

 

Gambaran 4 menunjukkan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang sewaktu Majlis Penutupan K12 Unite.

 

Gambaran 5 menunjukkan sesi bergambar bersama para peserta sewaktu Majlis Penutup K12 Unite.

Date of Input: 16/12/2024 | Updated: 16/12/2024 | m.ahir

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
F, (09:26:17pm-09:31:17pm, 17 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]