JOB2GO | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » JOB2GO

JOB2GO

SERDANG, 17 MEI – Program Job2go merupakan program anjuran Sekretariat Akademik, Alumni dan Kerjaya (AKAL), Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Empat Belas sesi 2022/2023 dengan kerjasama Pihak Sekretariat Akademik dan Pembangunan Siswa, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas, Pengurusan Kolej Empat Belas, Pengurusan Kolej Dua Belas, dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP). Program ini merupakan satu program berbentuk ceramah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai alam pekerjaan seperti temuduga. Pelajar dapat didedahkan dengan pengalaman menghadiri temuduga secara bersemuka bagi mempersiapkan diri menempuh alam pekerjaan. Dengan program ini, pelajar dapat mengaplikasikan teknik yang diajar dan menunjukkan imej diri yang baik semasa temuduga. Pelajar juga dapat memperoleh tips tentang kod pemakaian yang sesuai semasa menghadiri temuduga.

 

 

Pengisian utama program ini adalah teknik-teknik menjawab soalan yang akan ditanyakan semasa temuduga yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Gerald Lee Chih Ping.

 

 

Program ini bermula pada 3:30 petang diiringi oleh Saudari Nurul Zafirah Binti Azmi selaku pengacara majlis yang membuka majlis dan menjemput kehadiran penceramah bagi program Job2go. Program diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu UPM dan bacaan doa. Kemudian, program diteruskan dengan pengenalan biodata penceramah jemputan. Program diteruskan lagi dengan pengisian-pengisian utama yang telah dibincangkan di antara penganjur dan penceramah jemputan bagi memastikan tujuan program ini tercapai. Program Job2go telah dihadiri oleh seramai 40 orang mahasiswa UPM. Banyak maklum balas dan komen positif diberikan oleh para peserta yang berpuas hati dengan kelancaran perjalanan program. Sebelum mengakhiri program, penyampaian cenderahati kepada penceramah dan sesi bergambar antara para peserta, ahli jawatankuasa, pengarah program dan penceramah

 

dijalankan. Akhir sekali, program berakhir dengan kata-kata penutup pengacara majlis, sesi mengimbas kod QR untuk pengisian merit pelajar yang hadir dan program bersurai.

 

 

Gambaran 1 menunjukkan sesi pendaftaran peserta program Job2go.

 

Gambaran 2 menunjukkan sesi pengisian oleh penceramah jemputan.

Gambaran 3 menunjukkan sesi Mock Interview antara peserta dan penceramah jemputan.

 

Gambaran 4 menunjukkan sesi penyampaian cenderahati oleh pengarah kepada penceramah jemputan.

Gambaran 5 menunjukkan sesi bergambar antara peserta, pengarah program bersama penceramah jemputan.

Date of Input: 12/07/2023 | Updated: 12/07/2023 | m.ahir

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEdEAS~