Jalinan Kasih @ Ibu Kota 2016 | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Jalinan Kasih @ Ibu Kota 2016

Jalinan Kasih @ Ibu Kota 2016

KUALA LUMPUR, 26 NOVEMBER - Pihak Kolej 12 telah menjayakan program gelandangan 1.0 yang diadakan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dan kawasan berhampiran. Seramai 60 orang pelajar Kolej 12 bersama beberapa orang ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 12 yang turut disertai oleh bahagian pengurusan Kolej 12. Program ini adalah julung kali diadakan di bawah pengurusan Kolej 12.

Program ini bertujuan untuk membantu insan-insan yang kurang bernasib baik dengan menghulurkan bantuan seperti makanan dan beberapa barang kelengkapan harian. Selain itu, banyak pengalaman berguna telah ditimba oleh peserta yang mengikuti program ini.  Sekalung penghargaan juga diberikan kepada pegawai NGO yang turut membantu bagi menjayakan program ini.





Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEUGA2~