HOLLA! PROTEGE
KOLEJ DUA BELAS SESI 2024/2025
SERDANG, 5 NOVEMBER – Program Holla! Protege merupakan program anjuran Sekretariat Pendigitalan dan Komunikasi Korporat, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM. Program ini bertujuan menarik minat pelajar dalam mempelajari ilmu asas protokol. Melalui program ini, mahasiswa dapat menambah ilmu protokol yang penting dalam menjayakan majlis atau program rasmi. Bukan itu sahaja, program ini juga memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas-asas protokol yang penting. Penglibatan pelajar dalam program ini juga dapat menanam sifat hormat terhadap orang lain terutama dalam situasi rasmi.
Program ini merupakan program perkongsian tentang ilmu asas protokol yang disampaikan oleh seorang penceramah yang berkemahiran dalam bidang protokol iaitu Cik Norzaina Darus. Peserta disajikan dengan ilmu-ilmu asas penting berkenaan protokol seperti susun atur kerusi untuk tetamu kehormat, cara pengiringan tetamu kehormat, susun atur sebelum pengiringan memasuki dewan dan keadaan tempat duduk sewaktu di dalam majlis sama ada di atas pentas mahupun di meja makan. Selain daripada itu, Cik Norzaina Darus juga memperkenalkan ahli-ahli tertinggi UPM kepada para peserta agar lebih mengenali ahli-ahli tertinggi tersebut.
Program ini bermula pada jam 8:00 malam dengan ketibaan penceramah dan para felo diiringi oleh pengarah program. Sebelum program diteruskan tetamu kehormat dan felo serta peserta menyanyikan lagu Putra Gemilang. Program dibuka dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan daripada pengarah program. Program kemudian diteruskan dengan agenda utama iaitu penyampaian ilmu asas protokol oleh Cik Norzaina Darus. Program Holla! Protege ini telah mendapat sambutan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pelajar UPM pada malam itu. Kemudian program diteruskan dengan pemberian cenderahati kepada penceramah. Sebelum pengiringan tetamu kehormat majlis diteruskan dengan sesi bergambar bersama penceramah dan diikuti dengan nyanyian lagu Kolej Dua Belas. Majlis diakhiri dengan pengiringan keluar tetamu kehomat. Pada jam 9:30 malam, para peserta mengimbas kod QR bagi pengisian merit sebelum majlis bersurai.
|
|
|
Gambaran 1 menunjukkan ketibaan penceramah dan para felo diiringi pengarah program masuk ke dalam dewan. |
|
|
|
Gambaran 2 menunjukkan pengarah program Holla! Protege sedang memberikan ucapan. |
|
|
|
Gambaran 3 menunjukkan taklimat ilmu asas protokol yang disampaikan oleh Cik Norzaina Darus. |
|
|
|
Gambaran 4 menunjukkan sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah.
|
|
|
|
Gambaran 5 menunjukkan sesi bergambar bersama penceramah dan peserta Holla! Protege. |
Date of Input: 16/12/2024 | Updated: 16/12/2024 | m.ahir

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR