LAPORAN BERITA
HEY JUMBO ! 2.0
KOLEJ DUA BELAS SESI 2023/2024
SERDANG, 28 APRIL – Program HEY JUMBO ! 2.0 merupakan program anjuran Sekretariat Kelestarian Hijau dan Kesukarelawanan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2023/2024 dengan Kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, Kesatuan Mahasiswa dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia. Program ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai sifat empati terhadap flora dan fauna dalam melakukan aktiviti yang berunsurkan kesukarelawanan. Bukan itu sahaja, program ini dianjurkan bagi meningkatkan kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan mahasiswa ketika menjalankan aktiviti kesukarelawanan. Inisiatif program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kesedaran mahasiswa mengenai kepentingan memelihara haiwan yang diancam kepupusan seperti gajah. Malah, program ini juga dijalankan untuk melahirkan mahasiswa yang aktif dan cergas dalam mengikuti program yang berbentuk kesukarelawanan.
Pengisian utama program ini terdiri daripada pengenalan tentang tujuan pusat konservasi gajah ditubuhkan, melakukan aktiviti sukarelawan seperti membersihkan kandang gajah dan memberi makan gajah. Seterusnya, terdapat Elephant Show dan juga tayangan video mengenai proses penyelamatan gajah-gajah liar di hutan dan proses untuk membawa gajah ke pusat konservasi.
Program HEY JUMBO ! 2.0 merupakan program yang melibatkan 40 orang mahasiswa Universiti Putra Malaysia. Program ini bermula pada 5:30 pagi di mana semua peserta berkumpul di Surau Serumpun untuk pendaftaran dan menunaikan solat subuh secara berjemaah. Pada pukul 6:00 pagi, semua peserta telah bersiap untuk menaiki bas untuk bergerak ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang. Pada pukul 8:20 pagi, semua peserta tiba di pusat tersebut dan diberikan taklimat ringkas oleh salah seorang guider mengenai aktiviti yang akan dijalankan. Program diteruskan dengan melakukan aktiviti sukarelawan yang dibantu oleh 4 orang guider di mana setiap guider akan memantau 10 orang peserta. Semua peserta manjalankan aktiviti sukarelawan seperti membersihkan kawasan kandang gajah, memotong makanan gajah dan memberi makan kepada gajah. Setelah tamat aktiviti sukarelawan, semua peserta berpeluang untuk menonton Elephant Show yang amat menyeronokkan sekali gus dapat menambah ilmu pengetahuan peserta. Seterusnya, semua peserta ditayangkan dengan video proses penyelamatan gajah liar di hutan dan pengendalian untuk membawa gajah-gajah liar ke pusat konservasi. Akhir sekali, pada pukul 12:30 tengah hari, semua peserta berehat dan diberikan makanan tengah hari sebelum pulang ke Universiti Putra Malaysia. Pada pukul 1:20 petang, semua peserta menaiki bas untuk pulang ke UPM dan tiba di UPM pada pukul 4:00 petang disebabkan kesesakan lalu lintas. Setibanya di UPM, semua peserta bersurai dan program berakhir.
![]() |
|
Gambaran 1 menunjukkan semua peserta Universiti Putra Malaysia dan guider selepas tayangan Elephant Show. |
![]() |
|
Gambaran 2 menunjukkan kumpulan 2 melawat kawasan kandang gajah dewasa bersama mahutnya. |
![]() |
|
Gambaran 3 menunjukkan kumpulan 3 selepas selesai memberi makan kepada gajah iaitu Ayu, Langsat dan Siput. |
![]() |
|
Gambaran 4 menunjukkan kumpulan 1 dan 4 selepas membersihkan kawasan kandang gajah. |
![]() |
|
Gambaran 5 menunjukkan sesi penerangan taklimat ringkas oleh guider kepada semua peserta. |
Date of Input: 10/06/2024 | Updated: 10/06/2024 | m.ahir

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR