HAUNTED HOUSE OF HORROR | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » HAUNTED HOUSE OF HORROR

HAUNTED HOUSE OF HORROR

HAUNTED HOUSE OF HORROR KELAB GENERASI 12

KOLEJ DUA BELAS SESI 2024/2025

 

SERDANG, 22 JUN – Program Haunted House of Horror Kelab Generasi 12 merupakan program anjuran Kelab Generasi 12 (G12), Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada ahli Kelab G12 berkenaan kemahiran merancang dan mengurus tadbir sesuatu program. Selain itu, program ini bertujuan untuk mewujudkan semangat perpaduan dan kerja berpasukan dalam kalangan ahli Kelab Generasi 12 untuk menjayakan program Haunted House of Horror. Melalui program ini juga dapat melahirkan mahasiswa yang bertanggungjawab dan bersedia dalam menyumbangkan idea dan tenaga terhadap Kolej Dua Belas, UPM.

 

 

Pada 21 Jun 2025, program ini telah bermula pada pukul 9.00 pagi dengan membuat persiapan bagi program Haunted House of Horror di Dewan PJSD, Kolej Serumpun, UPMProgram ini diteruskan lagi pada pukul 12.00 tengah hari dengan slot 1 hingga slot 4 bagi Haunted House of Horror. Program ini bersurai pada pukul 9.00 malam. Pada hari kedua, program ini diteruskan lagi pada pukul 12.00 tengah hari dengan slot 1 hingga slot 4 bagi Haunted House of Horror. Pelajar telah mengimbas kod QR untuk pengisian komen terhadap program Haunted House of Horror.

 

 

Program Haunted House of Horror  Kelab Generasi 12 telah dihadiri seramai 106 orang mahasiswa Kolej Dua Belas dan Kolej Empat Belas di Dewan PJSD, Kolej Serumpun, Universiti Putra Malaysia. Terdapat banyak maklum balas dan komen positif diberikan oleh para peserta yang berpuas hati dengan kelancaran perjalanan program. Akhir sekali, program berakhir dengan kata-kata penghargaan oleh pengerusi Kelab Generasi 12 kepada Ahli Jawatankuasa Kelab Generasi 12 dan akhirnya program bersurai.

 

 

 

Gambaran 1 menunjukkan sesi pendaftaran.

 

 

Gambaran 2 menunjukkan photobooth program.

 

 

Gambaran 3 menunjukkan sesi solekan watak bukan pemain.

 

 

Gambaran 4 menunjukkan sesi raptai sedang dijalankan.

 

 

Gambaran 5 menunjukkan sesi bergambar oleh para peserta.

Date of Input: 23/07/2025 | Updated: 23/07/2025 | m.ahir

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
W, (09:05:06pm-09:10:06pm, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]