Dua Pegawai Bersara Serentak | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Dua Pegawai Bersara Serentak

Dua Pegawai Bersara Serentak

 Oleh: Ayna Farhana Mohamad Sari

 

SERDANG, 21 Januari - Dua orang pegawai bersara serentak pada bulan Januari 2020 baru-baru ini. Satu majlis apresiasi telah diadakan di Kolej Dua Belas bagi meraikan persaraan wajib Encik Abdul Aziz bin Jantan, Pegawai Tadbir Kolej Dua Belas dan Tuan Haji Idzhar bin Yusof, Pegawai Tadbir Kolej Empat Belas.   

Majlis tersebut sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan kepada pentadbiran kolej. Encik Abdul Aziz bin Jantan merupakan Pegawai Tadbir, Kolej Dua Belas dan tempoh perkhidmatan beliau berkhidmat di Universiti Putra Malaysia adalah selama 38 tahun.

Beliau yang berpengalaman luas dalam pengurusan dan pentadbiran kolej memulakan tugas sebagai Penolong Pengurus Asrama di kolej pada 18 Mac 1999 dan kenaikan pangkat sebagai Pengurus Asrama adalah pada 5 Oktober 2005. 

Beliau yang bersara wajib menyampaikan ucapan terima kasih dalam majlis ringkas itu.

 

Kolej Dua Belas mengucapkan 'Selamat Bersara' dan merakamkan ucapan terima kasih di atas jasa, didikasi melaksanakan amanah kerja dan komitmen yang diberikan sepanjang bertugas, semoga diberi anugerah kesihatan, keselamatan, kebahagiaan dan kejayaan kepada Encik Abdul Aziz bin Jantan dan Tuan Haji Idzhar bin Yusof. 

  

Date of Input: 30/01/2020 | Updated: 30/01/2020 | aynafarhana

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEbHA2~